Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIA rugi S$142 juta bagi suku ketiga 2020

Syarikat penerbangan Singapore Airlines hari ini (4 Feb) mencatat kerugian bersih sebanyak S$142 juta dalam suku ketiga.

Anggaran Waktu Membaca:
SIA rugi S$142 juta bagi suku ketiga 2020

(Gambar fail.)

Diterbitkan : 04 Feb 2021 09:55PM Dikemas Kini : 04 Feb 2021 09:56PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines hari ini (4 Feb) mencatat kerugian bersih sebanyak S$142 juta dalam suku ketiga disebabkan jumlah penumpang merosot 97.6 peratus akibat pandemik COVID-19 meskipun perniagaan kargo lebih baik memandangkan pasaran penghantaran yang kukuh.

Jumlah kerugian itu berbanding dengan keuntungan S$315 juta yang dicatat bagi tempoh yang sama tahun lalu berakhir pada 31 Disember. Pendapatan SIA merosot 76.1 peratus kepada S$1.07 bilion.

Jumlah kerugian itu lebih tipis berbanding kerugian operasi sebanyak S$331 juta disebabkan kredit cukai.

Firma broker UOB Kay Hian menjangkakan kerugian teras sekitar S$470 juta bagi suku tersebut, tidak termasuk sebarang caj gangguan sementara UBS meramalkan kerugian S$330 juta.

Singapore Airlines kini mengendalikan sekitar 19 peratus jumlah kapasiti penumpang sebelum pandemik dan menyatakan ia menjangkakan untuk mencapai sekitar 25 peratus paras normal menjelang hujung April sedang ia menambah penerbangan pada jadualnya meskipun wujud varian COVID-19 yang lebih mudah menular.

"Sejajar dengan pembukaan semula Singapura secara bertahap-tahap, kumpulan syarikat menjangkakan rangkaian penumpang akan diluaskan secara berhati-hati dalam bulan-bulan akan datang," menurut SIA dalam satu kenyataan.

"Kami akan terus memantau status sekatan perjalanan dan menyesuaikan jumlah penumpang sewajarnya untuk memenuhi permintaan."

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan