Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIA jana S$850 juta melalui penjualan bon

Singapore Airlines (SIA) menjana S$850 juta melalui penjualan bon yang boleh ditukar kepada saham biasa, umum syarikat penerbangan tersebut hari ini (13 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
SIA jana S$850 juta melalui penjualan bon

Beberapa teknisyen memeriksa pesawat Airbus A350-900 SIA di Lapangan Terbang Changi. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 13 Nov 2020 10:32AM Dikemas Kini : 13 Nov 2020 10:36AM

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) menjana S$850 juta melalui penjualan bon yang boleh ditukar kepada saham biasa, umum syarikat penerbangan tersebut hari ini (13 Nov).

Permintaan bagi bon tersebut tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang ditawarkan, dengan "minat pelabur yang kuat", menurut SIA dalam kenyataan medianya.

"Hasilnya, penjualan yang awalnya S$750 juta dinaikkan kepada S$850 juta dengan syarat-syarat lebih menarik bagi SIA," menurutnya lagi.

Bon lima tahun, yang ditempatkan dengan pelbagai pelabur institusi, akan membawa bersamanya pulangan 1.625 peratus. Bon juga boleh ditukar kepada saham biasa pada harga S$5.743.

Ia merupakan kenaikan 45.8 peratus berbanding harga S$3.94 yang ditawarkan pada Khamis (12 Nov).

"Penjualan ini mengukuhkan lagi kedudukan kecairan syarikat, dan menyokong keupayaannya untuk mengharungi cabaran-cabaran yang timbul akibat kesan pandemik COVID-19 terhadap perniagaan," menurut SIA lagi.

Ia menambah, penjualan bon akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan operasi dan modal, serta pembayaran faedah.

Bank HSBC adalah penyelaras dan pengurus utama isu ini.

Syarikat penerbangan itu menyatakan, "perbincangan membina" berlangsung tentang transaksi penjualan dan pajakan balik pesawat, dan ia akan terus meneroka cara-cara lain untuk "memperkukuh... kecairan jika perlu".

SIA sudah meraih sekitar S$12.2 bilion sejak bermulanya tahun kewangan 2020/2021, termasuk menerusi penjualan pada Jumaat.

Ia menyatakan, bagi tempoh sehingga Julai tahun depan, pilihan untuk meraih sehingga S$6.2 bilion menerusi bon yang boleh ditukar menjadi saham, tetap dikekalkan jika perlu.

Awal minggu ini, SIA mendedahkan ia berjaya mengurangkan kenaikan tunai bulanannya kepada "kurang S$300 juta", lebih rendah berbanding S$350 juta sebulan sepanjang Mei hingga Julai lalu. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan