Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIA Group catat kerugian bersih S$3.5 bilion pada separuh pertama dek COVID-19

Jumlah penumpangnya jatuh sebanyak 98.9 peratus disebabkan kawalan sempadan global lebih ketat dan sekatan perjalanan, menurut SIA Group dalam satu kenyataan media.

Anggaran Waktu Membaca:
SIA Group catat kerugian bersih S$3.5 bilion pada separuh pertama dek COVID-19

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 06 Nov 2020 08:22PM Dikemas Kini : 06 Nov 2020 08:24PM

SINGAPURA: SIA Group pada Jumaat (6 Nov) melaporkan kerugian bersih S$3.5 bilion pada separuh pertama di tengah-tengah "kemerosotan mendadak" dalam trafik penumpang di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang berlarutan.

Jumlah penumpangnya jatuh sebanyak 98.9 peratus disebabkan kawalan sempadan global lebih ketat dan sekatan perjalanan, menurut SIA Group dalam satu kenyataan media.

Jumlah pendapatan kumpulan itu merosot S$6.69 bilion berbanding tahun lalu kepada S$1.63 bilion pada separuh pertama tahun kewangan iaitu jatuh sebanyak 80.4 peratus.

Pendapatan daripada perjalanan penumpang menjunam sedang Singapore Airlines, SilkAir dan Scoot terjejas teruk akibat sekatan perjalanan antarabangsa.

SIA Group menyatakan pendapatan yang merosot itu sebahagiannya diimbangi dengan pendapatan daripada pengangkutan kargo yang naik sebanyak S$274 juta sedang negara-negara cuba memulihkan semula rantaian bekalan global.

"SIA memberi tindakan kepada permintaan dengan memanfaatkan sepenuhnya pesawat dan mengerahkan pesawat penumpang untuk membawa kargo," jelas SIA Group.

Kumpulan syarikat itu menambah bahawa proses pemulihan daripada pandemik COVID-19 "mungkin kekal tidak menentu" dengan gelombang jangkitan baru yang berlaku di merata dunia dan keprihatinan terhadap kes import dibawa masuk ke negara".

Walaupun begitu, SIA Group menyatakan para pelanggan sudah perlahan-lahan menjadi lebih yakin dengan perusahaan perjalanan udara disebabkan langkah kesihatan dan keselamatan yang diambil syarikat penerbangan, lapangan terbang dan pemerintah. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan