Images
  • shopee
    Petikan layar laman beli-belah Shopee.

Shopee tubuhkan ibu pejabat serantau baru di S'pura

SINGAPURA: Firma beli belah dalam talian, Shopee, menubuhkan ibu pejabat serantau baru di Singapura.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata langkah itu merupakan tanda yakin terhadap ekonomi Singapura.

Beliau juga menegaskan bahawa pemerintah sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Shopee bagi memanfaatkan peluang dalam ekonomi digital Asia Tenggara sekali gus menghasilkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk warga Singapura.

Dalam masa empat tahun - Shopee yang bermula dengan hanya 10 orang kakitangan - berkembang dengan pesat, menjadikannya laman beli-belah terunggul di Asia Tenggara dan Taiwan.

Bangunan ibu pejabat Shopee yang mampu menampung 3,000 orang itu merangkumi kawasan seluas 244,000 kaki persegi dan kini menempatkan lebih daripada 1,500 pekerja.

Platform perdagangan elektronik tempatan itu mengatakan bahawa pembukaan ibu pejabat serantau yang baru di Kent Ridge itu mencerminkan komitmennya untuk melabur dan berinovasi di negara dan rantau ini.

Encik Heng menegaskan hubungan kuat Singapura dengan syarikat-syarikat antarabangsa memberi harapan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk terus berkembang di seluruh dunia. 

- CNA/HK/ru

Top