Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SGX lancar pakej bantuan $5 juta harungi COVID-19

Bursa Singapura (SGX) melancarkan pakej bantuan S$5 juta bagi "menyediakan sokongan di tengah-tengah penularan virus COVID-19".

Anggaran Waktu Membaca:
SGX lancar pakej bantuan $5 juta harungi COVID-19

(Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 16 Mar 2020 06:10PM Dikemas Kini : 16 Mar 2020 06:14PM

SINGAPURA: Bursa Singapura (SGX) melancarkan pakej bantuan S$5 juta bagi "menyediakan sokongan di tengah-tengah penularan virus COVID-19".

Pakej bantuan SGX itu akan memanfaatkan program-program sokongan jagaan kesihatan negara, syarikat-syarikat tersenarai di Singapura serta kakitangan SGX dan pekerja kontrak.

Langkah itu bertujuan meningkatkan "usaha oleh masyarakat kewangan untuk mengukuhkan daya tahan Singapura sebagai sebuah pasaran global", kata SGX dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (16 Mac).

S$1.5 juta daripada pakej bantuan itu akan disalurkan kepada program-program sokongan jagaan kesihatan kebangsaan termasuk Dana Ketabahan yang dikendalikan oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) dan Dana Masyarakat.

Baki dana itu akan disalurkan kepada syarikat-syarikat tersenarai di Singapura serta kakitangan SGX dan pekerja kontrak, khususnya kakitangan barisan hadapan seperti pekerja pembersihan dan pegawai keselamatan.

Pakej bantuan itu bertujuan "melakukan lebih banyak untuk mereka yang setiap hari meletakkan nyawa dan pekerjaan mereka dalam risiko ," kata CEO SGX, Loh Boon Chye.

"Sebagai sebahagian utama infrastuktur pasaran kewangan Singapura, kami komited dalam memastikan operasi tidak terganggu pada setiap masa - ini bermakna berusaha untuk melakukan lebih banyak bagi mereka yang meletakkan nyawa dan pekerjaan mereka dalam risiko, serta syarikat-syarikat dan individu yang memastikan perniagaan dan pasaran dapat terus beroperasi," kata Encik Loh.

Pakej bantuan itu - yang akan diagihkan sepanjang tempoh 12 bulan, merupakan tambahan kepada langkah yang diambil oleh badan pengawalselia SGX pada Februari untuk memberikan lagi dua bulan untuk menjalankan Mesyuarat Agung tahunan mereka.

Langkah-langkah lain yang dijalankan oleh SGX, yang beroperasi di 10 bandar di seluruh dunia, termasuk menggantung semua acara besar-besaran di premisnya, dengan pengimbasan suhu badan wajib dan pengisytiharan kesihatan dan sejarah perjalanan untuk semua pengunjung.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan