Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SGX catat keuntungan bersih terbesar dalam 10 tahun

SGX melaporkan jumlah keuntungan bersih yang dicatatnya bagi setahun penuh, mencecah 6.9 peratus kepada S$363.2 juta

Anggaran Waktu Membaca:
SGX catat keuntungan bersih terbesar dalam 10 tahun

Pusat Bursa Saham Singapura. (Gambar fail: Calvin Oh)

Diterbitkan : 27 Jul 2018 10:23PM Dikemas Kini : 27 Jul 2018 10:25PM

SINGAPURA: Bursa Singapura (SGX) melaporkan hari ini (27 Jul) bahawa jumlah keuntungan bersih yang dicatatnya bagi setahun penuh, mencecah 6.9 peratus kepada S$363.2 juta. Ini merupakan jumlah terbesar dalam tempoh sedekad dan didorong oleh jumlah rekod bagi dagangan derivatif dan penyenaraian bon.

Menurut SGX, keuntungan bersih tersebut adalah yang tertinggi dicatat sejak tahun 2008, di mana S$444 juta diraih. Ia dibantu usaha-usaha sepanjang tahun lalu untuk mengembangkan kumpulan-kumpulan aset dan pasarannya, memajukan pasaran sekuriti serta mengoptimumkan sumber-sumbernya.

Pendapatan syarikat mencecah S$844.7 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 5 Jun, iaitu 5.5 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Namun, ketegangan dagangan global yang bertambah buruk serta pertumbuhan dunia yang mencatat kadar sederhana mungkin menyebabkan ketidakstabilan pasaran yang tinggi.

SGX menyatakan bahawa pada permulaan tahun kewangan 2019, pihaknya akan menyemak dasar dividennya, daripada yang berdasarkan satu peratusan keuntungan bersih kepada jumlah tertentu.

SGX akan membayar dividen lebih tinggi sebanyak 7.5 peratus bagi setiap saham, bermula dari suku pertama tahun kewangan baru. Dividen tersebut akan dibayar setiap suku dan ditentukan oleh lembaganya.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan