Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SGX akan bayar AS$128 juta untuk peroleh sepenuhnya platform dagang mata wang asing

SGX mengumumkan pada Isnin (29 Jun) pihaknya akan membayar sekitar AS$128 juta (S$178.30 juta) untuk memperolehi 80% kepentingan yang tidak dimilikinya dalam platform dagang, BidFX, sedang ia cuba meluaskan kehadirannya dalam dagangan hadapan mata wang asing dan pasaran atas kaunter.

Anggaran Waktu Membaca:
SGX akan bayar AS$128 juta untuk peroleh sepenuhnya platform dagang mata wang asing

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 29 Jun 2020 02:45PM Dikemas Kini : 29 Jun 2020 02:47PM

SINGAPURA: Bursa Singapura (SGX) mengumumkan pada Isnin (29 Jun) pihaknya akan membayar sekitar AS$128 juta (S$178.30 juta) untuk memperolehi 80 peratus kepentingan yang tidak dimilikinya dalam platform dagang, BidFX, sedang ia cuba meluaskan kehadirannya dalam dagangan hadapan mata wang asing dan pasaran atas kaunter.

"Masa depan FX terletak pada kebolehan pemain pasaran untuk meraih faedah daripada penemuan harga, pencairan dan ketelusan bagi kedua-dua OTC dan dagangan hadapan tersenarai, dalam satu wadah bersepadu," menurut CEO bursa Loh Boon Chye dalam satu kenyataan.

Singapura, sebuah pusat perdagangan mata wang asing utama menarik kegiatan perdagangan yang kukuh, dipacu oleh pertumbuhan dan ketidaktentuan mata wang G10 dan Asia. BidFX Systems, yang kliennya termasuk dana lindung nilai (hedge fund) utama, pengurus aset dan banker serantau, menyaksikan jumlah dagangan rekod dalam beberapa suku tahun kebelakangan ini.

Pemerolehan itu yang akan dibiayai pinjaman luar, adalah sebahagian daripada strategi SGX untuk menawarkan pelbagai aset yang meluas kepada pelabur antarabangsa. Tawaran ekuiti, komoditi dan produk derivatif mata wang asing yang ditawarkan bursa itu membantu memacu pertumbuhan pendapatan sepanjang beberapa tahun lalu.

SGX pada mulanya memperolehi 20 peratus BidFX pada Mac 2019.

Pada Januari, SGX mengumumkan pihaknya akan memperolehi penyedia indeks bebas Scientific Beta untuk €186 juta (S$320.66 juta) dalam urus niaga terbesarnya setakat ini.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan