Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SG Bike dibenar peroleh basikal Mobike, jadi pengendali basikal sewa terbesar S'pura

SG Bike sudah memperoleh 25,000 basikal Mobike, menjadikannya pengendali terbesar khidmat sewa basikal di Singapura sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2019 04:19PM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 09:00PM

SINGAPURA: SG Bike sudah memperoleh 25,000 basikal Mobike, menjadikannya pengendali terbesar khidmat sewa basikal di Singapura sekarang.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat (13 Sep) SG Bike mengumumkan pihaknya sudah mendapat kebenaran secara dasar daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk memindahkan lesen Mobike bagi 25,000 basikalnya. Pemindahan tersebut akan dilaksanakan pada tarikh yang akan diumumkan nanti.

Seorang jurucakap LTA mengesahkan pengumuman itu menerusi satu kenyataan.

SG Bike, satu-satunya pengendali dengan lesen penuh sewa basikal, akan dibenarkan mengendali sehingga 25,000 basikal.

Sedang pengguna sedia ada masih boleh menggunakan app Mobike untuk membuka kunci basikal Mobike, SG Bike menyatakan ia sedang bekerja rapat dengan Mobike untuk menyelesaikan dan mencuba pemindahan pengguna, yang dijangka selesai dalam masa beberapa minggu.

Setelah ia lengkap, pengguna SG Bike akan dapat membuka kunci basikal kedua-dua pengendali menggunakan app SG Bike.

Pengguna Mobike sedia ada yang ingin memindahkan baki akaun dan pas penunggangan ke SG Bike juga boleh berbuat demikian setelah memuat turun app SG Bike.

Rancangan SG Bike untuk memperoleh basikal-basikal Mobike pertama kali dilaporkan pada Ogos, apabila kedua-dua pengendali mengumumkan sudah menyerahkan permohonan kepada LTA untuk memindahkan lesen perkongsian basikal Mobike ke SG Bike.

Pengendali utama sewa basikal sejak tahun lalu mengundurkan diri dari pasaran Singapura akibat masalah kewangan.

Mobike adalah syarikat ketiga dari China yang menghadapi masalah dalam pasaran Singapura, menyusuli penggantungan Ofo pada Februari 2019 dan pengunduran oBike pada 2018.

Sementara itu pemain-pemain kecil lain yang masih ada dalam pasaran pula sedang merancang untuk mengembangkan kumpulan basikal mereka.

Syarikat baru Moov Mobility sudah memohon untuk meningkatkan jumlah basikal yang dikendalinya daripada 1,000 kepada 10,000.

Sebuah lagi syarikat pemula setempat, AnyWheel, diberi lesen untuk mengendali sehingga 10,000 basikal awal tahun ini.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan