Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sembcorp menang tender bina panel suria di 848 blok HDB, 27 badan pemerintah

Sembcorp hari ini (24 Jun) mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Sembcorp Solar Singapore dianugerahi projek untuk membina, memiliki, mengendali dan menyenggara sistem tenaga suria atas bumbung 848 blok HDB dan 27 badan pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jun 2018 03:38PM Dikemas Kini : 25 Jun 2018 01:35AM

SINGAPURA: Sembcorp hari ini (24 Jun) mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Sembcorp Solar Singapore dianugerahi projek untuk membina, memiliki, mengendali dan menyenggara sistem tenaga suria atas bumbung 848 blok HDB dan 27 badan pemerintah.

Projek dengan kapasiti 50 MWp itu yang terdiri daripada blok-blok di Majlis Bandaran West Coast dan Chua Chu Kang, dianugerahkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura (EDB), menurut satu kenyataan media.

Pertubuhan pemerintah pula termasuk Sekolah (Rendah dan Menengah) CHIJ St Nicholas Girls', Sekolah Menengah Dunman, Sekolah Rendah CHIJ (Toa Payoh), Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh), Kolumbarium Chua Chu Kang dan Kompleks Penjara Changi.

HDB menyifatkan tender tersebut sebagai yang ketiga dan terbesar di bawah program SolarNova yang diterajui bersama dengan EDB. Tender SolarNova pertama diberi pada Disember 2015 dan yang kedua pada Jun tahun lalu.

Kurihara Kogyo dari Jepun berjaya memperolehi tender bagi projek yang ketiga itu.

Kerja-kerja binaan bagi sistem tenaga suria atas bumbung itu akan bermula pada suku ketiga tahun ini dan disasarkan siap menjelang suku kedua 2020.

"Perjanjian ini meletakkan Sembcorp sebagai pemain utama di Singapura," menurut kenyataan itu.

"Kini, portfolio tenaga suria Sembcorp bertembah kepada kapasiti 104 MWp di lebih 1,500 tapak merata negara ini.

"Ini cukup untuk menjana kuasa bagi 27,400 flat HDB di Singapura setiap tahun."

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan