Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sembcorp Marine diberi 2 kontrak projek pelantar lepas pantai $550 juta

Syarikat Sembcorp Marine mengumumkan kejayaan memenangi dua kontrak projek pelantar lepas pantai, bernilai lebih S$550 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Dec 2019 06:36PM Dikemas Kini : 26 Dec 2019 11:32PM

SINGAPURA: Syarikat Sembcorp Marine mengumumkan kejayaan memenangi dua kontrak projek pelantar lepas pantai, bernilai lebih S$550 juta.

Syarikat yang berpangkalan di Singapura itu akan melakukan kerja-kerja pembangunan semula di sebuah pelantar minyak dan lapangan gas asli.

Salah satu projeknya adalah di Al Shaheen, lapangan minyak lepas pantai yang terbesar di Qatar.

Sembcorp akan membina dua pelantar yang akan dihubungkan dengan kemudahan-kemudahan lain di sana dengan menggunakan jambatan.

Bagi projek kedua pula yang terletak di Lautan Utara Denmark, Sembcorp akan membina pelantar dan jambatan bagi lapangan gas asli Tyra.

Sejauh ini, Sembcorp menyatakan ia mendapat tempahan baru tahun ini bernilai S$1.5 bilion - satu peningkatan berbanding tahun lalu. 

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan