Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sembcorp bekalkan tenaga suria bagi operasi Facebook di S'pura

Sembcorp Industries akan membekalkan tenaga kepada operasi Facebook di Singapura, termasuk pusat data pertama syarikat media sosial itu yang terletak di Asia, menurut syarikat pembekal tenaga tersebut hari ini (18 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Sembcorp bekalkan tenaga suria bagi operasi Facebook di S'pura

Panel-panel suria yang dipasang di bumbung sebuah blok HDB. (Gambar: Sembcorp Industries)

Diterbitkan : 18 Sep 2018 03:27PM Dikemas Kini : 18 Sep 2018 03:30PM

SINGAPURA: Sembcorp Industries akan membekalkan tenaga kepada operasi Facebook di Singapura, termasuk pusat data pertama syarikat media sosial itu yang terletak di Asia, menurut syarikat pembekal tenaga tersebut hari ini (18 Sep).

Dalam kenyataannya, syarikat yang berpangkalan di Singapura itu menyatakan bahawa ia sudahpun memeterai perjanjian selama 20 tahun dengan Facebook untuk membekalkan tenaga suria.

Sembcorp akan memasang panel-panel tenaga suria di sekitar 900 bumbung di Singapura menjelang akhir tahun ini dan pada 2020 pula, bagi memenuhi keperluan tenaga boleh diperbaharui Facebook. Panel-panel itu boleh menjana tenaga suria sebanyak 50MWp, menurut syarikat tersebut.

Pada 6 September, Facebook menyatakan bahawa pusat datanya di Singapura - iaitu yang pertama di Asia - dijangka beroperasi mulai 2022. Pusat baru itu yang akan ditempatkan di Tanjong Kling di bahagian barat Singapura, adalah seluas 170,000 meter persegi.

"Perjanjian ini menandakan langkah pertama kami untuk menyokong Pusat Data Singapura dan pejabat-pejabat tempatan dengan 100 peratus tenaga yang boleh diperbaharui," kata Bobby Hollis, ketua tenaga global Facebook.

Sembcorp mempunyai projek-projek tenaga suria dan angin melebihi 2,500 megawatt di merata Singapura, China dan India. Syarikat itu merancang untuk menggandakan portfolio tenaga yang boleh diperbaharui dan mengurangkan jumlah pengeluaran karbon sekitar 25 peratus menjelang 2022, menurut syarikat itu lagi. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan