Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sembcorp akan pasang lebih 20,000 panel suria bagi kemudahan SIA

Singapore Airlines (SIA) dan SIA Engineering Company (SIAEC) telah memeterai satu perjanjian pembelian tenaga dengan Sembcorp Solar untuk memasang dan mengendalikan lebih 20,000 panel suria atas bumbung.

Anggaran Waktu Membaca:
Sembcorp akan pasang lebih 20,000 panel suria bagi kemudahan SIA

Panel-panel suria yang dipasang pada bahagian bumbung blok HDB. (Gambar: Sembcorp Industries)

Diterbitkan : 13 Feb 2020 08:28AM Dikemas Kini : 13 Feb 2020 08:32AM

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) dan SIA Engineering Company (SIAEC) memeterai satu perjanjian pembelian tenaga dengan Sembcorp Solar untuk memasang dan mengendalikan lebih 20,000 panel suria atas bumbung.

Panel-panel suria itu akan menyediakan bekalan tenaga bagi operasi di pelbagai tempat, dengan lebihan tenaga dibekalkan ke grid tenaga elektrik di Singapura dan Changi Airport Group, menurut kedua-dua syarikat itu dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Rabu (12 Feb).

Panel-panel suria itu akan dipasang di Bangunan Syarikat Penerbangan SIA, Pusat Latihan SIA, TechSQ serta lima bangunan tempat menyimpan dan menyelenggarakan kapal terbang SIAEC dan Kemudahan Ujian Enjinnya. Secara keseluruhannya, ia berupaya menjana 8.2 megawatt tenaga, menjadikannya projek kuasa tenaga suria yang terbesar bagi sebuah industri penerbangan di Singapura.

Apabila siap pada Jun 2020, projek itu dijangka menjana lebih 10,200 megawatt tenaga setiap tahun, cukup untuk membekalkan tenaga kepada lebih 2,290 flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) setiap tahun.

Tenaga yang boleh diperbaharui itu akan mengimbangi lebih 4.3 juta kilogram pengeluaran gas karbon setiap tahun.

Usaha itu adalah sejajar dengan matlamat SIA dan SIAEC untuk mengurangkan kadar penggunaan tenaga masing-masing sebanyak 15 peratus, menurut syarikat-syarikat tersebut.

Naib presiden kanan perancangan korporat SIA, Lee Wen Fen, berkata kemampanan adalah bidang tumpuan utama bagi SIA Group.

"Kami sudahpun meningkatkan penggunaan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan ini adalah satu contoh bagaimana kami boleh terus melabur dalam teknologi-teknologi dan sumber-sumber untuk memenuhi matlamat kemampanan kami," kata Cik Lee.

Cik Jen Tan, naib presiden kanan (Divisyen Tenaga) Sembcorp Solar Singapore & SEA, berkata: "Kami berbesar hati menjadi rakan kerja SIA dan SIAEC dalam bidang tenaga hijau, serta menyokong mereka dalam usaha kemampanan mereka."

Sembcorp Solar adalah anak syarikat Sembcorp. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan