Images
  • kad
    (Gambar: OCBC)

Selamat tinggal kad ATM? Mesin ATM OCBC akan dilengkapi dengan khidmat pengecaman wajah

SINGAPURA: Terlupa membawa kad ATM OCBC anda?

Tidak lama lagi anda akan dapat memeriksa baki akaun bank anda atau mengeluarkan wang dengan mengimbas wajah anda di mesin ATM bank tersebut.

Dalam pengumumannya pada Khamis (18 Mac), OCBC menyatakan bahawa ia akan menawarkan khidmat pengecaman wajah untuk urus niaga menggunakan mesin-mesin ATMnya.

Khidmat biometrik itu akan dimulakan dengan pertanyaan mengenai baki simpanan dalam bank di lapan mesin ATM terpilih mulai Jumaat.

Mesin-mesin ATM tersebut ditempatkan di:

  • OCBC Tampines Centre Two
  • Taman Jurong Shopping Centre
  • Great Eastern, Pickering Street
  • OCBC Tampines Centre One
  • Hab HDB Tingkat 1
  • 103 Yishun Ring Road
  • OCBC Campus
  • Geylang Road 7-Eleven

OCBC menyatakan bahawa ia akan menyediakan khidmat pengecaman wajah untuk mengeluarkan wang dari kesemua 500 mesin ATMnya di Singapura "secara bertahap-tahap" mulai Jun.

Ia juga merancang untuk menyediakan khidmat serupa bagi urus niaga ATM yang lain, termasuk memasukkan wang tunai, pemindahan dana ke bank lain, menokok kad tunai dan membuat bayaran bagi bil kad kredit mulai tahun depan. 

- CNA/NA/na

Top