Images

Sektor perkilangan S'pura terus catat pertumbuhan bulan ke-4 berturut-turut

SINGAPURA: Sektor perkilangan Singapura terus menunjukkan pretasi yang memberangsangkan dalam bulan Februari, dengan hasil pengeluaran lebih 16 peratus berbanding setahun lalu.

Ini menandakan pertumbuhan bulan keempat berturut-turut.

Seorang pakar berkata momentum itu mungkin berterusan tahun ini sedang ekonomi global semakin pulih daripada pandemik.

Pengeluaran elektronik mencatat pertumbuhan paling besar sekitar 30 peratus dipacu oleh segmen semikonduktur.

Pengilangan bioperubatan juga mencatat pertumbuhan, hampir 24 peratus.

Selain itu, hasil pengilangan am merosot 5.5 peratus, sebahagiannya disebabkan sambutan Tahun Baru Cina yang agak sederhana tahun.

Sementara itu, pengeluaran kejuruteraan pengangkutan merosot hampir 25 peratus.

Kegiatan-kegiatan perkapalan kekal rendah disebabkan pasaran gas dan minyak yang lembab manakala firma-firma aeroangkasa masih terjejas disebabkan sekatan perjalanan.

- CNA/NK/nk

Top