Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Sekitar 60,000 orang kunjungi pesta pelancongan NATAS pada hari pertama dan kedua

Sekitar 60,000 orang mengunjungi pesta pelancongan Persatuan Ejen Pelancongan Nasional Singapura (NATAS) pada hari pertama dan kedua acara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Feb 2019 07:24PM Dikemas Kini : 24 Feb 2019 10:21PM

SINGAPURA: Sekitar 60,000 orang mengunjungi pesta pelancongan Persatuan Ejen Pelancongan Nasional Singapura (NATAS) pada hari pertama dan kedua acara itu.

Jumlah itu adalah kenaikan 10 peratus berbanding tahun lalu.

Pesta pelancongan NATAS selama tiga hari sudah memasuki hari terakhir, namun acara itu tetap dibanjiri orang ramai.

Ia menampilkan sekitar 700 reruai yang dikendalikan lebih 80 syarikat pelancongan.

Ini termasuk syarikat-syarikat penerbangan, pelayaran persiaran dan pelbagai agensi pelancongan.

Menurut NATAS, kenaikan jumlah pengunjung turut disaksikan dengan kadar penempahan bertambah 10 peratus.

Beberapa agensi pelancongan ditemui Mediacorp berkongsi bahawa sasaran mereka sudah dicapai.

Tinjauan mendapati selain destinasi popular seperti Jepun dan Korea Selatan, ramai juga penduduk tempatan memilih Uzbekistan dan Kazakhstan sebagai destinasi percutian.

NATAS akan menganjurkan pesta keduanya pada Ogos nanti.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan