Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Scoot diramal raih pertumbuhan lebih tinggi pada 2020

Scoot menjangkakan syarikat penerbangan itu akan meraih pertumbuhan lebih tinggi pada tahun 2020. Ini sedang lebih banyak pesawat ditambah dan syarikat itu memperluaskan rangkaian laluan penerbangannya, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Scoot Lee Lik Hsin. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2019 10:58AM Dikemas Kini : 19 Jun 2019 09:57PM

SINGAPURA: Scoot menjangkakan syarikat penerbangan itu akan meraih pertumbuhan lebih tinggi pada tahun 2020.

Ini sedang lebih banyak pesawat ditambah dan syarikat itu memperluaskan rangkaian laluan penerbangannya, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Scoot Lee Lik Hsin.

Menurut Encik Lee, langkah menggantung operasi pesawat Boeing 737 MAX di seluruh dunia bermakna ia tidak akan mencatat "pertumbuhan yang disasarkan" pada tahun ini.

Sebelum ini, SilkAir merancang untuk memindahkan 14 pesawat Boeing 737-800NG ke Scoot.

Bagaimanapun, langkah ini terpaksa ditangguhkan kerana SilkAir terjejas akibat langkah berkenaan dan tidak mempunyai bekalan pesawat yang mencukupi untuk mengendalikan penerbangan.

Ini sekaligus menyebabkan Singapore Airlines mengumumkan pada bulan lalu, bahawa ia akan meningkatkan bekalan pesawat Scoot dengan menyewa antara 10 hingga 12 pesawat Airbus A320 sepanjang dua tahun akan datang.

Scoot juga akan menerima tiga pesawat baru dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Secara keseluruhannya, ia akan memiliki 50 pesawat menjelang akhir tahun ini.

Encik Lee mengumumkan, Scoot akan memperluaskan rangkaian laluan penerbangannya untuk merangkumi lebih banyak destinasi di China dan Indonesia dalam masa beberapa bulan akan datang.

Encik Lee menambah, Scoot kini dalam kedudukan lebih baik untuk bersaing dengan syarikat-syarikat penerbangan di rantau ini. 

Sumber : CNA/AI/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan