Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Scoot antara yang terkini tawar portal dalam kabin

Dengan industri penerbangan dijangka pulih semula mulai suku pertama tahun depan, syarikat penerbangan tambang murah Scoot melancarkan sebuah portal di dalam pesawat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Nov 2020 09:49PM Dikemas Kini : 26 Nov 2020 09:52PM

SINGAPURA: Dengan industri penerbangan dijangka pulih semula mulai suku pertama tahun depan, syarikat penerbangan tambang murah Scoot melancarkan sebuah portal di dalam pesawat.

Ia bertujuan memberi ketenangan kepada para penumpang semasa dalam penerbangan.

Ia adalah tawaran terkini oleh syarikat-syarikat penerbangan bagi memastikan penakatan masing-masing.

Sama ada anda ingin membeli-belah, menempah tiket ke tempat-tempat tarikan di destinasi anda atau pun menempah makanan, segalanya boleh dilakukan melalui portal tersebut.

Scoot menyatakan portal itu yang akan disediakan secara bertahap-tahap mulai bulan depan membantu syarikat tersebut menyambung semula perkhidmatannya yang terpaksa digantung sebelum ini kerana COVID-19.

Syarikat penerbangan milik Singapore Airlines itu mempercepatkan rancangan untuk melancarkan portal itu selama beberapa bulan supaya ia dapat bersiap sedia menghadapi peningkatan dalam permintaan khidmat penerbangan.

Scoot menjangkakan untuk menggandakan kapasiti membawa penumpang menjelang Januari depan dan menukil berita dibenarkan untuk melakukan penerbangan ke dua lagi bandar di China sebagai contoh pembukaan semula sektor penerbangan.

Para penganalisis pula memberi amaran supaya tidak membuat pelaburan besar semasa tempoh pengurangan kos dalam sektor penerbangan.

Namun dengan keselamatan kesihatan dititikberatkan oleh setiap pelawat yang pulang ke negara masing-masing, setiap jaminan diutamakan.

Hanya minggu lalu, AirAsia melancarkan pas digital kesihatan bagi para penumpang untuk memuat naik dokumen yang membuktikan mereka bebas COVID-19.

Emirates juga menawarkan insurans COVID-19 bagi kesemua penumpang tanpa bayaran tambahan sementara Qantas merancang untuk menerima hanya pelawat antarabangsa yang sudah mengambil vaksin. 

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan