Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Saya amat sedih dengan keperitan dan kerugian yang dialami pelabur, peminjam: CEO Hyflux

Ketua Eksekutif CEO Hyflux Olivia Lum berkata pada Jumaat (15 Feb) bahawa beliau "amat sedih dengan keperitan dan kerugian yang dialami" oleh para pelabur dan peminjam.

Anggaran Waktu Membaca:
Saya amat sedih dengan keperitan dan kerugian yang dialami pelabur, peminjam: CEO Hyflux

Ketua Eksekutif CEO Hyflux Olivia Lum. (Gambar: Tengku Bahar/AFP)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 09:54AM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 11:57AM

SINGAPURA: Ketua Eksekutif CEO Hyflux Olivia Lum berkata pada Jumaat (15 Feb) bahawa beliau "amat sedih dengan keperitan dan kerugian yang dialami" oleh para pelabur dan peminjam.

Meskipun syarikat Hyflux sudah terus menerus berusaha, ia tidak berjaya "mencapai matlamat yang ia sasarkan," menurut Cik Lum, bagi pihak lembaga pengarah Hyflux.

Kenyataan itu dibuat dalam satu jawapan yang sepanjang 18 muka surat kepada Persatuan Pelabur Sekuriti Singapura (SIAS), yang pada Isnin mengemukakan lebih 40 soalan, antara lain, "gaji besar" yang dinikmati oleh Cik Lum meskipun syarikat itu sedang dilanda masalah kewangan.

Dalam satu kiriman surat, lembaga itu turut menyatakan bahawa Cik Lum juga "mengalami kerugian besar", kerana nilai bersih peribadinya berkaitan dengan kepentingannya di Hyflux.

Dengan penyusunan semula yang sedang dijalankan, kepentingan Cik Lum dalam Hyflux, akan “secara ketara berkurangan" seperti para pemegang taruh yang lain, dan beliau akan kehilangan jawatannya di syarikat tersebut, menurut surat tersebut.

"Beliau juga sudah secara sukarela melepaskan segala haknya terhadap saham-saham pengurusan yang jika tidak akan diberikan kepadanya bagi proses penyusunan semula tersebut," menurutnya.

Dalam surat SIAS pada Isnin, ia menyatakan bahawa meskipun mengalami kerugian sebanyak S$115.6 juta pada 2017, Hyflux mengeluarkan sekitar S$2.7 juta bagi gaji untuk para pegawai eksekutif utama, termasuk Cik Lum yang menerima antara S$750,000 dengan S$1 juta sebagai gaji, manfaat dan bonus.

Selain "gaji yang besar" ini, Cik Lum turut menerima lebih S$60 juta dividen "semasa para pemegang taruhan dan pemegang bon mengalami kerugian yang besar dalam pelaburan masing-masing," menurut SIAS. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan