Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Saudi tamatkan kontrak lapangan terbang Jeddah pimpinan konsortium Changi Airport Group

Penguasa penerbangan Arab Saudi menamatkan perjanjian dengan konsortium yang diketuai Changi Airports International untuk mengendali dan mengurus Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA) yang baru di Jeddah.

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi tamatkan kontrak lapangan terbang Jeddah pimpinan konsortium Changi Airport Group

Gambar fail Lapangan Terbang King Abdulaziz di Jeddah. (Gambar: AMER HILABI/AFP)

Diterbitkan : 21 Feb 2018 11:37PM Dikemas Kini : 21 Feb 2018 11:49PM

SINGAPURA: Penguasa penerbangan Arab Saudi menamatkan perjanjian dengan konsortium yang diketuai Changi Airports International untuk mengendali dan mengurus Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA) yang baru di Jeddah.

Penguasa Umum Penerbangan Awam (GACA) mengumumkan hari ini (21 Feb) bahawa ia akan menjalankan proses tender antarabangsa yang baru menyusuli satu kajian semula.

"Kajian semula tersebut menghasilkan beberapa keprihatinan asas yang memerlukan GACA untuk meninjau semula dan menamatkan pemberian konsesi itu kepada konsortium tersebut," demikian menurut penguasa penerbangan tersebut dalam satu kenyataan.

Ia turut menambah bahawa tindakannya menurut terma-terma perjanjian.

Konsortium yang terdiri daripada Changi Airports International iaitu anak syarikat milik Changi Airport Group dan Saudi Naval Support Company mengesahkan bahawa ia sudahpun menerima notis penamatan itu dari GACA.

Notis tersebut dikeluarkan sedang konsortium berkenaan dalam proses menyemak semula usulan-usulan yang diterima bagi pengendali makanan dan minuman di lapangan terbang baru itu yang menurutnya mendapat "respons sangat baik". Tarikh tutupnya sepatutnya adalah esok (22 Feb).

Konsortium tersebut turut menyatakan bahawa ia sedang mengkaji semula kandungan notis berkenaan.

"Konsortium mematuhi dengan ketat proses permintaan usulan yang ditetapkan GACA. Ia menyerahkan semua dokumen-dokumen yang diperlukan untuk disemak oleh GACA dan sudahpun mendapatkan kesemua kebenaran yang diperlukan sebelum menerima konsesi tersebut," demikian dijelaskan dalam kenyataan itu.

Konsortium berkenaan diberi kontrak untuk mengendalikan lapangan terbang baru itu untuk tempoh sehingga 20 tahun pada April tahun lalu.

Namun, GACA menyatakan bahawa keputusannya tidak akan menjejas pelancaran lapangan terbang baru itu yang dijadualkan pada Mei ini.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan