Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Samsung sahkan terima aduan masalah skrin Galaxy Fold

Syarikat Korea Selatan Samsung Electronics Co Ltd menyatakan pihaknya ada menerima "beberapa" aduan tentang kerosakan pada skrin utama sampel telefon lipat terbarunya. Syarikat gergasi elektronik itu menambah pihaknya akan menyiasat aduan-aduan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Samsung sahkan terima aduan masalah skrin Galaxy Fold

Galaxy Fold diumumkan di satu acara Samsung pada Februari 2019 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 03:27PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 03:34PM

NEW YORK/SEOUL: Syarikat Korea Selatan Samsung Electronics Co Ltd menyatakan pihaknya ada menerima "beberapa" aduan tentang kerosakan pada skrin utama sampel telefon lipat terbarunya. Syarikat gergasi elektronik itu menambah pihaknya akan menyiasat aduan-aduan tersebut.

Beberapa pengulas peranti teknologi yang mencuba Galaxy Fold mendakwa telefon tersebut rosak hanya selepas digunakan sehari dua. Galaxy Fold adalah telefon canggih berharga AS$1,980 (S$2,679) yang boleh dibuka menjadi tablet dan akan mula dijual di Amerika Syarikat mulai 26 April ini.

"Pihak kami akan siasat secara teliti unit-unit (telefon) secara langsung untuk menentukan punca masalah," menurut kenyataan Samsung, yang turut menyatakan jumlah terhad contoh telefon Galaxy Fold diagihkan kepada pihak media bagi membuat ulasan.

Para wartawan teknologi dari Bloomberg, The Verge dan CNBC yang menerima peranti itu minggu ini untuk membuat ulasan berkata masalah telefon itu kelihatannya ada kaitan dengan skrin utama yang retak atau berkelap-kelip.

Samsung menyatakan pihaknya sudah menghentikan tempahan awal bagi Galaxy Fold ekoran "permintaan hangat". Ia memberitahu Reuters tiada perubahan pada jadual pelancaran produk itu meskipun terdapat aduan kerosakan.

Meskipun telefon lipat Galaxy Fold yang dihasilkan Samsung dan Mate X keluaran Huawei Technologies Co Ltd tidak dijangka meraih penjualan yang banyak, peranti tersebut disebut-sebut sebagai menggambarkan masa depan telefon bijak. Ia merupakan suatu perkembangan yang menarik dalam industri yang tidak banyak melihat perubahan besar sejak Apple Inc memperkenalkan bentuk telefon 'kepingan skrin' iPhone pada 2007.

Masalah pada telefon baru ini dibanding-bandingkan dengan masalah telefon Galaxy Note 7 keluaran Samsung pada 2016. Kelemahan bateri dan reka bentuk pada Note 7 menyebabkan beberapa unit terbakar atau meletup. Samsung ketika itu terpaksa menarik balik dan membatalkan penjualan telefon tersebut, lantas hampir menghakis kesemua keuntungan divisyen telefon bimbit syarikat itu pada suku ketiga 2016.

Samsung sebelum ini telah menyatakan ia merancang untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sejuta telefon Galaxy Fold bagi pasaran seluruh dunia, berbanding dengan anggaran keseluruhan 300 juta telefon bimbit yang dihasilkan setiap tahun.

Para wartawan yang mengulas Galaxy Fold berkata mereka tidak pasti apakah punca masalah telefon tersebut dan Samsung pula tidak memberikan sebarang jawapan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan