Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Samsung Galaxy Fold mula dijual di S'pura bulan ini

Telefon lipat keluaran Samsung, Galaxy Fold, akan mula dijual di Singapura pada lewat bulan ini. Syarikat gergasi teknologi yang berpangkalan di Korea Selatan itu mengumumkan demikian pada Khamis (5 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Samsung Galaxy Fold mula dijual di S'pura bulan ini

Samsung Galaxy Fold yang dinanti-nantikan akan dijual pada harga S$3,088. (Gambar: Justin Sullivan/AFP)

Diterbitkan : 05 Sep 2019 03:07PM Dikemas Kini : 05 Sep 2019 11:34PM

SINGAPURA: Telefon lipat keluaran Samsung, Galaxy Fold, akan mula dijual di Singapura pada lewat bulan ini. Syarikat gergasi teknologi yang berpangkalan di Korea Selatan itu mengumumkan demikian pada Khamis (5 Sep).

Galaxy Fold yang dilengkapi dengan rangkaian LTE dan berwarna 'Cosmos Black' boleh didapatkan mulai 18 September manakala telefon bijak berwarna 'Space Silver' akan mula dijual tiga hari kemudian.

Kedua-dua jenis telefon bijak itu akan dijual pada harga S$3,088 oleh tiga pengendali telekomunikasi tempatan - M1, Singtel dan StarHub.

Para pelanggan juga boleh membeli telefon bijak itu daripada cawangan Samsung Experience di pusat beli-belah VivoCity.

Pembuat telefon bijak utama di dunia itu dijadual melancarkan peranti yang dinanti-nantikan itu pada April lalu.

Bagaimanapun, pelancarannya terpaksa ditangguhkan akibat kerosakan pada skrin-skrin telefon bijak tersebut.

Pada bulan Julai, Samsung mengumumkan bahawa ia bersedia menjual Galaxy Fold pada bulan ini setelah melakukan beberapa perubahan.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan