Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Samsung bakal perkenal telefon lipat dan inovasi 'bermakna'

Syarikat gergasi teknologi Samsung dijangka mendedahkan telefon bijak yang boleh dilipat dalam satu sidang tahunan yang bakal diadakan pada November.

Anggaran Waktu Membaca:
Samsung bakal perkenal telefon lipat dan inovasi 'bermakna'

Ketua Perniagaan Mudah Alih Global Samsung, Koh Dong Jin. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 25 Sep 2018 03:02PM Dikemas Kini : 25 Sep 2018 03:09PM

SINGAPURA: Syarikat gergasi teknologi Samsung dijangka mendedahkan telefon bijak yang boleh dilipat dalam satu sidang tahunan yang bakal diadakan pada November. Telefon bijak Galaxy S ke-10 dan telefon yang disokong 5G juga akan dilancarkan pada 2019.

Dalam wawancara bersama Mediacorp pada Isnin (24 Sep), Ketua Perniagaan Mudah Alih Global Samsung, Koh Dong Jin mengesahkan bahawa telefon bijak yang boleh dilipat - yang pertama dihasilkan syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan itu - akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut syarikat itu, perincian mengenai alat mudah alih berkenaan - yang dianggap ramai pemerhati pasaran sebagai cara untuk merancakkan semula perniagaan mudah alih Samsung - akan didedahkan semasa Sidang Pereka Samsung yang akan datang di San Francisco.

Encik Koh yang akur bahawa alat mudah alih itu menandakan satu kejayaan teknologi bagi Samsung berkata: "Sebuah telefon yang boleh dilipat akan menjejas komponen, seperti bateri dan layarnya.

"Anda boleh menggunakan telefon bijak itu tanpa membuka lipatan tetapi bila anda membentangnya, ia serupa dengan tablet," jelas Encik Koh sebelum menambah bahawa alat baru itu mempunyai ciri yang berlainan daripada sebuah tablet.

Encik Koh juga berkata, beliau berharap telefon bijak yang boleh dilipat itu akan menjadi "barangan popular" apabila ia dilancarkan, dengan memikat pelbagai jenis pengguna seperti golongan muda dan pemimpin perniagaan.

"Saya mahu mereka rasa bangga memiliki telefon bijak itu."

Satu lagi produk baru yang Samsung harap dapat menarik perhatian para pengguna adalah telefon bijak Galaxy S ke-10 yang dijadual dilancarkan pada tahun depan.

Tanpa mendedahkan terlalu banyak perincian mengenai telefon baru itu, Encik Koh berkata bahawa S10 akan dilengkapi dengan perubahan reka bentuk yang 'ketara' yang merupakan inovasi 'bermakna', dan bukan setakat 'ciri-ciri gimik' sahaja.

Sementara itu, terdapat juga rancangan untuk memperkenalkan telefon bijak baru yang disokong 5G - satu rancangan pelaburan Samsung sedang ia cuba menghasilkan produk-produk baru untuk merangsang pertumbuhan.

Encik Koh berkata telefon bijak baru itu akan dilancarkan menjelang Mac atau April 2019. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan