Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Saluran Data Antarabangsa tingkat keterhubungan S'pura-Chongqing

Singapura dan bandar Chongqing, meningkatkan lagi kerjasama dengan melancarkan saluran data khusus sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi di barat China.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Sep 2019 08:56PM Dikemas Kini : 11 Sep 2019 09:45PM

SINGAPURA: Singapura dan bandar Chongqing, meningkatkan lagi kerjasama dengan melancarkan saluran data khusus sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi di barat China.

Saluran itu akan menjadi hubungan data secara langsung China dengan sebuah negara lain dan akan meningkatkan peluang perniagaan bagi syarikat-syarikat telko Singapura di barat China.

Saluran Data Antarabangsa (IDC) itu akan meningkatkan lagi pautan data berkelajuan tinggi antara
Singapura dengan Chongqing.

12 Memorandum Persefahaman (MOU) berkaitan IDC ditandantangani kedua-dua pihak hari ini (11 Sep).

Antaranya - melibatkan SingTel dan Starhub dengan tiga syarikat telko China.

Syarikat-syarikat tersebut akan bekerjasama untuk menawarkan pautan data di tujuh taman perusahaan di Chongqing dan di Singapura.

Tujuh syarikat Chongqing dalam pelbagai sektor juga bersetuju untuk menggunakan IDC apabila mereka meluaskan perniagaan ke pasaran Singapura.

Projek tersebut adalah sebahagian daripada Inisiatif Ketersambungan Chongqing bagi merangsang pertumbuhan di barat China.

Setiausaha Parti Komunis China di Chongqing Chen Min'er bersetuju Inisiatif tersebut telah menjadi "jambatan bagi mempererat kerjasama antara Chongqing dengan Singapura."

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pula berkata, pusingan kerjasama seterusnya adalah untuk meningkatkan lagi persefahaman dalam kalangan para pemimpin menerusi pertukaran lawatan lebih kerap. 

Sumber : CNA/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan