Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Saham S'pura jatuh 2.12% dek ketegangan politik Itali, perang dagang AS-China

Pasaran Asia menjadi tidak menentu selepas kekacauan politik di Itali mendorong ramai pelabur untuk menjual saham-saham mereka

Anggaran Waktu Membaca:
Saham S'pura jatuh 2.12% dek ketegangan politik Itali, perang dagang AS-China

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 30 May 2018 10:17PM Dikemas Kini : 30 May 2018 10:20PM

SINGAPURA: Pasaran Asia menjadi tidak menentu selepas kekacauan politik di Itali mendorong ramai pelabur untuk menjual saham-saham mereka. Iklim pelaburan sebelum itu sudahpun dikelabui pandangan suram menyusuli perang perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat.

Indeks Straits Times Singapura merosot 2.12 peratus kepada 3,443.95, parasnya yang terendah sejak 6 April.

Saham Hong Kong, Tokyo dan Shanghai masing-masing ditutup sebanyak 1.4, 1.5 dan 2.5 peratus lebih rendah. Saham Malaysia pula jatuh 3.2 peratus dan saham Seoul pula 1.9 peratus lebih rendah.

Kejatuhan mendadak dalam pasaran Asia berlaku menyusuli kelemahan di Wall Street semalam (29 Mei), di mana indeks Dow Jones turun 1.6 peratus. S&P 500 pula hilang 1.2 peratus manakala indeks komposit Nasdaq kerugian 0.5 peratus.

Para pelabur bimbang pilihan raya berulang di Itali - yang mungkin berlangsung seawal bulan Julai - bakal menjadi satu 'pungutan suara' rakyat berhubung keanggotaan Itali dalam blok mata wang Kesatuan Eropah, serta juga peranan negara itu dalam kesatuan berkenaan.

Menambah kepada kebimbangan tersebut adalah ketegangan perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat semalam (29 Mac) menyatakan ia akan meneruskan pelbagai sekatan terhadap pelaburan syarikat-syarikat China. Ini diambil beberapa hari selepas Washington dan Beijing mengumumkan satu huraian sementara yang menandakan bahawa ketegangan antara kedua-dua negara kian reda.

Tambahan lagi, Presiden Donald Trump semalam (29 Mei) juga mengumumkan bahawa ia akan mengenakan cukai ke atas barangan China meskipun kedua-dua pihak sedang berada pada tahap perundingan.

Rumah Putih menyatakan bahawa sekatan-sekatan yang diumumkan pada Mac lalu, sebahagian besarnya tertumpu kepada hak milik intelektual, masih pada tahap perancangan dan maklumat lanjut akan diumumkan pada bulan Jun.

Sebagai respons, China menyatakan bahawa langkah itu melanggar persetujuan yang dicapai antara Amerika dengan China untuk menghuraikan perang perdagangan yang mampu menjadi ancaman.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan