Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Saham PropNex terus meningkat pada hari kedua dagangan

Harga saham agensi hartanah terbesar Singapura, PropNex Ltd terus meningkat pada hari kedua (3 Jul) dagangan di Bursa Saham Singapura (SGX).

Anggaran Waktu Membaca:
Saham PropNex terus meningkat pada hari kedua dagangan

(Gambar: FACEBOOK/Propnex)

Diterbitkan : 03 Jul 2018 03:17PM Dikemas Kini : 03 Jul 2018 03:20PM

SINGAPURA: Harga saham agensi hartanah terbesar Singapura, PropNex Ltd terus meningkat pada hari kedua (3 Jul) dagangan di Bursa Saham Singapura (SGX).

Ini menyusuli lonjakan 22 peratus yang dicatatkan pada hari pertama dagangan, di tengah-tengah sentimen positif pelabur terhadap sektor hartanah.

Saham PropNex didagang pada harga S$0.725, dalam sesi dagangan tengah hari tadi (3 Jun) naik sedikit berbanding Isnin di mana ia ditutup pada harga S$0.715.

Harga saham PropNex didagang pada harga 68.5 sen pada sesi pembukaan dagangan semalam (2 Jun) iaitu 5.38 peratus lebih tinggi daripada harga Tawaran Awam Awal (IPO), 65 sen.

Anggaran awal yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin menunjukkan harga rumah privet meningkat ke paras paling tinggi dalam jangka masa empat tahun pada suku kedua tahun ini. Para penganalisis menjangkakan nilainya boleh mencapai paras tertinggi yang dicatat pada 2013, dalam masa tiga hingga enam bulan akan datang.

Syarikat itu menyatakan bahawa ia akan menggunakan hasil dapatan kasar daripada IPO sebanyak S$40.9 juta untuk beberapa perkara, termasuk mengembangkan perniagaannya di dalam mahu pun di luar negara, serta memperkukuhkan perniagaan broker hartanah.

"IPO ... menawarkan wadah untuk Propnex bukan sahaja memperkukuh kedudukan di Singapura, malah juga memberikan akses kepada pasaran modal untuk mengembangkan perniagaan dalam khidmat runding cara serta pasaran serantau seperti Vietnam dan negara Asia Tenggara lain," kata pengasas bersama PropNex, Ismail Gafoor.

Menurut prospektus PropNex, agensi itu memiliki 42.7 peratus pasaran perumahan privet dan 45.3 peratus bagi pasaran flat jual semula HDB. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan