Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Saham hartanah menjunam susulan pengumuman langkah penyejukan pasaran hartanah baru

Bank-bank mungkin juga terjejas oleh langkah penyejukan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Jul 2018 11:52AM Dikemas Kini : 07 Jul 2018 01:39AM

SINGAPURA: Pasaran saham Singapura menyaksikan penjualan besar-besaran pada awal waktu dagangan, hari ini (6 Jul), sebagai reaksi para pelabur terhadap berita mengejut tentang langkah-langkah penyejukan pasaran hartanah yang diumumkan semalam.

Dalam usaha untuk "menyejukkan pasaran hartanah dan memastikan kenaikan harga sejajar dengan teras ekonomi", pihak pemerintah menyatakan semalam bahawa ia akan menaikkan kadar Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) serta memperketat had-had Pinjaman Kepada Nilai Hartanah (LTV) terhadap pembelian hartanah kediaman.

Kadar baru itu berkuatkuasa hari ini.

Para pemaju hartanah adalah di kalangan mereka yang mengalami kerugian terbesar pada dagangan awal penanda aras Indeks Straits Times.

UOL Group susut 11.6 peratus kepada S$6.85, manakala City Developments menjunam sebanyak 13 peratus kepada S$9.750.

Pemaju hartanah terbesar Singapura, CapitaLand pula dibuka 3.1 peratus lebih rendah pada S$3.08.

Sementara itu, bank-bank mungkin juga terjejas oleh langkah-langkah penyejukan tersebut walaupun ramalan jangka panjang kekal positif menurut penganalisa Penyelidikan Ekuiti RHB, Leng Seng Choon.

Kesemua tiga bank tempatan mengalami kemerosotan pagi tadi. Saham DBS dan UOB masing-masing turun lebih dua peratus manakala OCBC jatuh sebanyak 1.7 peratus kepada S$11.30. 

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan