Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Saham ComfortDelGro melonjak susuli perjanjian dengan Uber

Saham gergasi teksi ComfortDelGro melonjak dalam sesi dagang pagi tadi (11 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Saham ComfortDelGro melonjak susuli perjanjian dengan Uber

Gambar fail teksi ComfortDelGro.

Diterbitkan : 11 Dec 2017 04:27PM Dikemas Kini : 11 Dec 2017 04:29PM

SINGAPURA: Saham gergasi teksi ComfortDelGro melonjak dalam sesi dagang pagi tadi (11 Dis).

Ini menyusuli pengumuman bahawa ia akan memperoleh sebahagian besar pegangan saham perniagaan khidmat sewa kereta Uber pada harga sekitar S$642 juta.

Harga terakhir saham itu adalah S$2.00, naik 4.71 peratus sehingga pukul 10.20 pagi tadi.

Pengendali terbesar teksi di Singapura itu menyatakan ia akan membeli lebih 51 peratus saham Lion City Holdings, yang mempunyai sekitar 14,000 kenderaan.

Perjanjian bernilai S$642 juta, yang tertakluk kepada kelulusan pengawal selia, akan membolehkan para pemandu teksi ComfortDelGro untuk menerima tempahan menerusi aplikasi pemandu Uber dan membolehkan para pemandu Uber menerima tempahan teksi secara langsung.

Uber yang berpangkalan di San Francisco akan mengekalkan baki pegangan saham dalam Lion City.

Pengumuman itu dibuat lebih tiga bulan setelah berita mengenai kemungkinan kedua-dua syarikat bekerjasama dikeluarkan pada bulan Ogos.

Pada waktu itu, saham ComfortDelGro terus meningkat sedang pasaran melihat perjanjian itu sebagai sesuatu yang mungkin membantu syarikat pengendali teksi tersebut serta Uber untuk bersaing dengan Grab. Grab sudahpun bekerjasama dengan lima syarikat teksi yang lain di Singapura.

Namun sejak itu, sahamnya jatuh sekitar 11 peratus.

Seorang penganalisis pelaburan di Phillip Capital Research Richard Leow berkata terdapat kelebihan dan kelemahan pada perjanjian yang diumumkan pada minggu lalu.

Salah satu daripadanya - meskipun ia membolehkan pengendali teksi bekerjasama dengan pesaingnya, ia mendedahkan syarikat tersebut kepada aspek berat sewa kenderaan, yang akan memerlukan perbelanjaan modal.

Ia juga tidak secara langsung menangani isu kemerosotan pada perniagaan teksi.

Bagaimanapun, perjanjian itu mungkin membawa untung kepadai perniagaan kejuruteraan ComfortDelGro memandangkan pengendali teksi berkemungkinan besar menyediakan khidmat-khidmat penyenggaraan kejuruteraan dalam kerjasama tersebut, tambah beliau. 

Sumber : CNA/NK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan