Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Saham Cathay Pacific jatuh ke paras terendah dalam 9 tahun susuli pencerobohan data 9.4 juta penumpang

Saham-saham syarikat penerbangan Cathay Pacific Airways merosot lebih enam peratus ke paras terendah dalam tempoh sembilan tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Saham Cathay Pacific jatuh ke paras terendah dalam 9 tahun susuli pencerobohan data 9.4 juta penumpang

(Gambar: Laurent Fievet/AFP)

Diterbitkan : 25 Oct 2018 05:02PM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 05:05PM

 HONG KONG: Saham-saham syarikat penerbangan Cathay Pacific Airways merosot lebih enam peratus ke paras terendah dalam tempoh sembilan tahun.

Ini selepas syarikat penerbangan yang berpangkalan di Hong Kong itu mendedahkan pencerobohan data peribadi melibatkan 9.4 juta penumpang, yang berlaku pada awal tahun ini.

Dalam kenyataannya, Cathay Pacific Airways menyatakan bahawa ia sedang menghubungi para penumpang yang terjejas.

Syarikat itu juga sudah memaklumkan pihak berkuasa mengenai pencerobohan data tersebut.

Cathay Pacific Airways menyatakan bahawa sekitar 860,000 nombor pasport dan 245,000 nombor kad pengenalan rakyat Hong Kong diakses akibat pencerobohan itu.

Selain itu, lebih 400 nombor kad kredit yang sudah luput tarikhnya dan hampir 30 nombor kad kredit tanpa nilai pengesahan kad juga diakses.

Sejarah perjalanan para penumpang turut terjejas akibat pencerobohan itu.

Ketua Eksekutif Cathay Pacific Airways, Rupert Hogg, bagaimanapun berkata tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa data peribadi para penumpang disalahgunakan.

Sumber : CNA/Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan