Images
  • federal
    Bangunan Lembaga Simpanan Federal Amerika. (Gambar: Karen Bleier/AFP)

Saham AS menjunam lebih 650 mata menyusuli tweet Presiden Trump

WASHINGTON: Saham-saham di Amerika menjunam menyusuli tweet dari Presiden Donald Trump yang membidas Lembaga Simpanan Federal Amerika.

Indeks Perusahaan Dow Jones merosot 653 mata atau 2.9 peratus.

S&P 500 pula jatuh hampir 3 peratus dengan kesemua 11 sektor S&P 500 kini dalam keadaan negatif bagi bulan Disember, suku keempat sekarang dan untuk keseluruhan tahun ini.

Nasdaq pula susut 2.2 peratus manakala harga-harga bon meningkat.

Jumlah urus niaga saham juga lebih rendah kerana penutupan bursa-bursa Amerika sempena perayaan Krismas sekarang.

Malah bulan Disember ini sudah disifatkan sebagai yang paling buruk sejak Kemelesetan Ekonomi pada 1931.

- AFP/AA/na

Top