Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura turunkan ramalan GDP 2019 kepada 0-1%; landskap ekonomi global terus mencabar

Pemerintah menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi bagi sepanjang tahun ini kepada antara 0 hingga 1 peratus. Ini kerana besar kemungkinan prestasi ekonomi terus lembab.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Aug 2019 10:07AM Dikemas Kini : 13 Aug 2019 11:21PM

SINGAPURA: Pemerintah menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi bagi sepanjang tahun ini kepada antara 0 hingga 1 peratus. Ini kerana besar kemungkinan prestasi ekonomi terus lembab.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menyatakan pada Selasa (13 Ogos) bahawa ia menjangkakan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) "berada di pertengahan unjuran yang diramalkan".

Keputusan untuk menurunkan ramalan pertumbuhan daripada unjuran sebelumnya iaitu antara 1.5 hingga 2.5 peratus dibuat selepas data rasmi mengesahkan bahawa ekonomi tumbuh pada rentak yang paling perlahan dalam tempoh sedekad semasa suku kedua.

GDP Singapura naik sedikit iaitu setakat 0.1 peratus berbanding setahun lalu sejajar dengan ramalan awal pemerintah dan kemudian menjadi lebih perlahan berbanding 1.1 peratus pada suku sebelumnya.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, ekonomi menguncup sebanyak 3.3 peratus, rendah sedikit berbanding penguncupan 3.4 peratus yang diramalkan tetapi lebih rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan 3.8 peratus pada suku pertama.

Pada suku kedua, sektor pengilangan menguncup sebanyak 3.1 peratus berbanding setahun lalu. Kemerosotan itu jauh lebih ketara berbanding penguncupan 0.3 peratus pada suku sebelumnya.

Industri-industri yang menawarkan perkhidmatan tumbuh 1.1 peratus, berbanding 1.2 peratus pada suku pertama. Ini disebabkan oleh pertumbuhan dalam sektor-sektor seperti pengangkutan dan penyimpanan, infokom, serta kewangan dan insurans.

Sektor binaan meneruskan kebangkitannya dengan mencatat pertumbuhan sebanyak 2.9 peratus, daripada 2.8 peratus pada suku pertama, dengan pengeluaran terus disokong oleh kerja-kerja binaan sektor awam. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan