Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura turunkan lagi ramalan pertumbuhan GDP 2019 kepada 0.6%; ketegangan perdagangan tetap risiko utama

Para para ekonomi dan penganalisis sektor privet menurunkan lagi ramalan mereka bagi pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Sep 2019 01:51PM Dikemas Kini : 04 Sep 2019 10:42PM

SINGAPURA: Para para ekonomi dan penganalisis sektor privet menurunkan lagi ramalan mereka bagi pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini. Demikian menurut laporan tinjauan yang dikeluarkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Rabu (4 Sep).

Ekonomi kini dijangka berkembang sebanyak 0.6 peratus tahun ini, turun daripada ramalan awal 2.1 peratus pada Jun dengan peningkatan pada ketegangan perdagangan kekal sebagai risiko utama yang ditukil oleh kebanyakan responden tinjauan tersebut.

Ramalan yang disemak semula itu dilakukan setelah ekonomi Singapura tumbuh sebanyak 0.1 peratus pada suku kedua, lebih rendah berbanding 1.6 peratus yang diunjurkan para responden dalam tinjauan sebelumnya.

Unjuran statistik juga menunjukkan ekonomi berkemungkinan tumbuh antara 0.5 peratus hingga 0.9 peratus tahun ini - lebih rendah berbanding dapatan yang diperolehi daripada tinjauan sebelumnya iaitu antara 2.0 peratus hingga 2.4 peratus.

Bulan lalu, Kementerian Perusahaan dan Perdagangan (MTI) menurunkan ramalannya bagi pertumbuhan ekonomi 2019 kepada antara 0 hingga 1 peratus sambil menyatakan bahawa GDP dijangka dicatatkan "pada sekitar pertengahan julat ramalan".

Ramalan median bagi penanda makroekonomi utama juga kebanyakannya dicatatkan lebih rendah dalam tinjauan suku tahunan itu.

Kemerosotan lebih ketara dijangkakan bagi sektor pengilangan iaitu 2.4 peratus daripada ramalan sebelumnya iaitu 0.2 peratus. Penjualan borong dan perdagangan runcit juga dijangka turun sebanyak 2.8 peratus berbanding ramalan sebelumnya iaitu 0.3 peratus.

Penginapan dan khidmat makanan juga dijangka mencatat pertumbuhan lebih perlahan sebanyak 0.8 peratus berbanding ramalan sebelumnya iaitu 3.5 peratus.

Eksport domestik bukan minyak dijangka menguncup sebanyak 9.2 peratus pada 2019, turun daripada ramalan kejatuhan sebanyak 2.1 peratus dalam ramalan sebelumnya.

Bagaimanapun, ramalan pertumbuhan bagi sektor kewangan dan insurans disemak semula kepada 4.3 peratus, naik daripada 3.8 peratus berbanding ramalan sebelumnya.

Ramalan pertumbuhan GDP tahun depan juga diturunkan kepada 1.6 peratus daripada 2.3 peratus sebelum ini, meletakkan anggaran hasil pertumbuhan dalam lingkungan 1.0 peratus hingga 1.9 peratus - turun daripada yang dianggarkan sebelumnya iaitu antara 2.0 peratus hingga 2.4 peratus.

Laporan tinjauan itu berdasarkan respons daripada 23 pakar ekonomi serta penganalisis dan ia tidak mewakili pandangan mahupun ramalan MAS.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan