Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura tetap optimis meski berdepan cabaran ekonomi global

Singapura mempunyai sebab untuk bersikap optimis secara berhati-hati meskipun berdepan dengan cabaran ekonomi global.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Nov 2019 08:08PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 10:02PM

SINGAPURA: Singapura mempunyai sebab untuk bersikap optimis secara berhati-hati meskipun berdepan dengan cabaran ekonomi global.

Menurut Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat, Asia adalah antara rantau paling pesat berkembang di dunia.

Singapura, katanya, berada di kedudukan yang baik untuk merebut potensi pertumbuhan dan peluang perniagaan di rantau ini.

Encik Chee berkata demikian di simposium CNA938-Canon Think Big Leadership.

Ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China, dan bagaimana syarikat-syarikat perlu memberikan respons kepada ekonomi yang kian lemah adalah antara topik yang dibincangkan di hari pertama simposium tersebut.

Dengan ASEAN dijangka menjadi pasaran keempat terbesar menjelang 2030, Encik Chee berkata Singapura beruntung berada di rantau yang berkembang.

Namun untuk meraih manfaatnya, beliau berkata Singapura perlu bersikap terbuka dengan melihat lebih dari Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) sahaja. 

Sumber : CNA/NF/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan