Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura tarik pelaburan S$15.2 bilion tahun lalu, berjaya jangkau jangkaan

Singapura berjaya meraih S$15.2 bilion dalam bentuk pelaburan aset tetap tahun lalu. Jumlah tersebut hampir 40 peratus lebih berbanding tahun 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jan 2020 07:02PM Dikemas Kini : 16 Jan 2020 09:00PM

SINGAPURA: Singapura berjaya meraih S$15.2 bilion dalam bentuk pelaburan aset tetap tahun lalu. Jumlah tersebut hampir 40 peratus lebih berbanding tahun 2018.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing memberikan perkembangan terkini itu kepada para wartawan di satu wawancara media pada Khamis (16 Jan).

Menurutnya Singapura memandang ke depan dengan "optimistik tetapi penuh hati-hati".

Ketegangan perdagangan Amerika Syarikat dan China, perkembangan di Timur Tengah serta fahaman perlindungan membuatkan Singapura mengambil langkah berjaga-jaga.

Perubahan iklim juga satu risiko sedang negara-negara mengubah ekonomi mereka agar mengurangkan sisa karbon,yang mungkin menjejas jenis pelaburan dan syarikat yang mereka terima masuk.

"Dahulu, kita bercakap tentang kekurangan tanah, kewangan dan tenaga manusia. Sekarang, merancang ekonomi bagi 20 hingga 30 tahun, kita juga harus menyentuh tentang keterbatasan karbon," kata Encik Chan.

Namun beliau berkata, Singapura optimistik tentang masa depan atas beberapa faktor.

Ini termasuk pertumbuhan di Asia serta permintaan bagi huraian bandar.

Singapura juga sedang mengikat seberapa banyak perjanjian dagangan bebas digital dengan negara-negara di tengah kebangkitan ekonomi digital.

Encik Chan menambah, Singapura akan terus memantapkan kedudukannya sebagai sebuah platform bagi syarikat-syarikat global serta memperdalam rangkaian kerja dan perjanjian perdagangan bebasnya, serta FTA digital, bagi memudahkan akses ke pasaran-pasaran baru.

Pada masa yang sama Pemerintah akan melaksanakan langkah-langkah baru bagi menyokong pekerja dan perniagaan.

Lebih banyak butiran mengenainya akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Negara pada 18 Februari ini. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan