Images
  • singapore skyline
    (Gambar fail: TODAY)

S'pura sokong peraturan WTO; tidak akan gunakan Amalan Khas dan Layanan Istimewa WTO

SIINGAPURA: Singapura mengesahkan lagi komitmennya kepada sistem perdagangan berbilang pihak yang terbuka dan berasaskan peraturan yang diwujudkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia, WTO.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing berkata pada Rabu (18 Sep) bahawa Singapura tidak menggunakan Amalan khas dan Layanan Istimewa WTO, atau SDT, walaupun ia disenaraikan sebagai anggota negara membangun.

Menurut beliau, Singapura percaya para anggota harus memberi komitmen yang bersesuaian dengan keupayaannya.

SDT merujuk kepada kelonggaran yang diberikan kepada negaranegara membangun, seperti tempoh peralihan lebih panjang untuk melaksanakan kewajipan WTO.

Encik Chan berkata Singapura yakin dengan faedah sebuah ekonomi global bersepadu berdasarkan ketelusan dan peraturan adil.

Singapura tambahnya tidak akan mendapatkan layanan khas baik dalam rundingan-rundingan yang sedang dijalankan dan pada masa depan, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menyokong dan menegakkan peraturan-peraturan WTO.

Encik Chan juga berkata Singapura akan terus menyokong usaha-usaha untuk menyuntik kesegaran dalam WTO.

Salah satunya - Kenyataan bersama WTO mengenai e-dagang yang bertujuan mengadakan peraturan bagi ekonomi digital.

- CNA/MM/tq

Top