Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura senarai pendek 14 pemohon lesen perbankan digital

Bank pusat Singapura, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sudah menyenarai pendek 14 pemohon untuk sehingga lima lesen perbankan digital yang ditawarkan melalui kelonggaran yang dilihat sebagai yang terbesar di negara ini sepanjang dua dekad.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura senarai pendek 14 pemohon lesen perbankan digital

(Gambar fail: Darren Whiteside/Reuters)

Diterbitkan : 18 Jun 2020 12:07PM Dikemas Kini : 18 Jun 2020 12:08PM

SINGAPURA: Bank pusat Singapura, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sudah menyenarai pendek 14 pemohon untuk sehingga lima lesen perbankan digital yang ditawarkan melalui kelonggaran yang dilihat sebagai yang terbesar di negara ini sepanjang dua dekad.

Senarai pendek, daripada 21 permohonan yang diterima, terdiri daripada lima pemohon bank penuh digital dan sembilan pemohon bank borong digital yang kini akan melangkah ke pusingan seterusnya proses pemilihan, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Khamis (18 Jun).

Lesen itu dijangka akan diberikan sebelum hujung tahun ini.

MAS bagaimanapun tidak mendedahkan nama-nama pemohon yang disenarai pendek. Ia menyasarkan untuk mengeluarkan sehingga dua lesen runcit dan tiga lesen borong.

Pemohon yang sebelum ini menyatakan mereka mengemukakan bidaan bagi mendapatkan lesen runcit itu termasuk: usaha sama antara syarikat kereta sewa Grab dengan Singapore Telecommunications; firma internet Sea; kumpulan yang diketuai oleh syarikat permainan Razer; satu lagi yang dipimpin oleh usahawan Ron Sim dan konsortium firma fintech MatchMove bersama Singapura Finance.

Menurut MAS dalam kenyataannya, pemohon akan disenarai pendek berdasarkan kriteria seperti nilai dan model perniagaan mereka serta kemampuan untuk menguruskan perniagaan perbankan digital yang berhemat dan mampan.

MAS mengyatakan ia sudah meminta pemohon untuk menyemak semula rancangan perniagaan dan andaian yang mendasari unjuran kewangan mereka, dengan mengambil kira kesan daripada pandemik COVID-19.

Reuters bulan ini melaporkan bahawa para pembida harus menimbangkan bagaimana wabak itu mempengaruhi rancangan pembiayaan dana dan keuntungan mereka.
 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan