Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura pelabur luar dari Asia yang terbesar dalam separuh pertama 2018

Singapura merupakan pelabur luar dari Asia yang terbesar dalam enam bulan pertama tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura pelabur luar dari Asia yang terbesar dalam separuh pertama 2018

CBD. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 04 Sep 2018 07:55PM Dikemas Kini : 04 Sep 2018 07:59PM

SINGAPURA: Singapura merupakan pelabur luar dari Asia yang terbesar dalam enam bulan pertama tahun ini. Demikian menurut dapatan terbaru laporan CBRE Research.

Dari Januari hingga Jun lalu, jumlah kegiatan pelaburan luar Asia mencapai AS$25 bilion (S$34 bilion). Modal dari Singapura merangkumi 36 peratus keseluruhan pelaburan Asia.

Singapura diikuti oleh Hong Kong dengan 22 peratus pelaburan dan 21 peratus dari China.

Daripada AS$5 bilion (S$7 bilion) pelaburan di Amerika, syarikat-syarikat Singapura merangkumi lebih kurang separuh jumlah pelabur.

Di Eropah, Timur Tengah dan Afrika atau EMEA, sekitar 30 peratus pelaburan datang dari Singapura.

Di rantau Asia, modal daripada syarikat-syarikat Singapura merangkumi lebih 25 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan