Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura negara Asia pertama tempatkan kilang digital syarikat Thales

Singapura kini menjadi negara pertama di Asia untuk menempatkan sebuah kilang digital syarikat Thales. Syarikat Thales terlibat dalam teknologi aeroangkasa, pengangkutan, pertahanan dan keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Nov 2018 09:00PM Dikemas Kini : 29 Nov 2018 10:16PM

SINGAPURA: Singapura kini menjadi negara pertama di Asia untuk menempatkan sebuah kilang digital syarikat Thales. Syarikat Thales terlibat dalam teknologi aeroangkasa, pengangkutan, pertahanan dan keselamatan.

Berucap di majlis pelancarannya hari ini (29 Nov), Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata pelaburan S$31 juta oleh syarikat pertahanan Perancis yang terkenal itu akan membantu Singapura menjadi sebuah hab bagi huraian digital.

Kilang digital syarikat itu di Singapura akan membantunya mempercepat pembangunan produk-produk bagi pasaran-pasaran serantau.

"Dengan makmal ini, kami kini menjadi sebahagian daripada ekosistem seluruh dunia dalam prototaip, inovasi dan penyampaian huraian yang pantas. Ini menambahkan keupayaan keseluruhan ekonomi Singapura, bukan hanya untuk perniagaan tempatan tetapi juga perniagaan serantau. Jadi kami menjadi hab untuk huraian digital," kata Encik Chan.

Huraian digital ini bertujuan menguji dengan cepat nilai operasi dan perniagaan untuk pelanggan mereka. Kilang digital Thales di Singapura dijangka mempunyai 30 pekerja di peringkat awal.

Jumlah itu dijangka ditambah lebih dua kali ganda dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Thales sudahpun mempunyai dua kilang digital di Perancis dan Kanada. Ia dijangka melabur lagi S$230 juta bagi meluaskan operasinya. 

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan