Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura, M'sia dalam senarai pantau AS mengenai amalan mata wang

Amerika Syarikat hari ini (28 Mac) meletakkan Singapura dan Malaysia dalam senarai pemantauan rakan-rakan perdagangan bagi amalan-amalan mata wang, sambil merujuk kepada operasi campur tangan pertukaran mata wang asing kedua-dua negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, M'sia dalam senarai pantau AS mengenai amalan mata wang

Wang kertas dolar Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 29 May 2019 03:13PM Dikemas Kini : 29 May 2019 03:16PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat hari ini (28 Mac) meletakkan Singapura dan Malaysia dalam senarai pemantauan rakan-rakan perdagangan bagi amalan-amalan mata wang, sambil merujuk kepada operasi campur tangan pertukaran mata wang asing kedua-dua negara.

Dalam laporan setengah tahunannya kepada Kongres Amerika Syarikat, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat menyatakan ia akan menyemak dasar-dasar 21 rakan perdagangan utama negara itu.

Selain Singapura, rakan-rakan perdagangan lain yang turut diletakkan dalam senarai pemantauan itu adalah China, Malaysia, Jerman, Ireland, Itali, Jepun, Korea Selatan dan Vietnam.

"Singapura menguruskan salah satu lebihan akaun semasa yang terbesar di dunia dengan menyumbang 17.9 peratus kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) pada 2018. Meskipun Singapura mempunyai lebihan akaun semasa yang besar dengan pasaran-pasaran dunia, Singapura mencatatkan defisit perdagangan dua hala berterusan dengan Amerika Syarikat, sejumlah AS$6 bilion (S$8.29 bilion) pada 2018," menurut Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat dalam laporannya.

Menurut Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat, Singapura membuat pembelian bersih menggunakan mata wang asing sekurang-kurangnya AS$17 bilion (S$23.5 bilion) tahun lalu, iaitu sebanyak 4.6 peratus daripada GDP.

"Meskipun faktor-faktor struktur tertentu menyumbang kepada lebihan akaun semasa yang tinggi, Singapura seharusnya melaksanakan penyusunan semula yang akan menurunkan kadar penjimatannya yang tinggi dan mendorong penggunaan domestik yang rendah, dan pada masa yang sama, berusaha untuk memastikan kadar pertukaran mata wangnya selaras dengan asas-asas ekonomi, untuk membantu merapatkan jurang antara lebihan dengan pasaran-pasaran luar yang tinggi dan berterusan," menurut laporan tersebut.

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat menyatakan, pihaknya mengalu-alukan pengumuman Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Mei untuk mula mendedahkan data operasi intervensi pertukaran mata wang asing setiap enam bulan.

CNA sudah menghubungi MAS untuk mendapatkan komen. 

Sumber : CNA/AI/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan