S'pura, Kazakhstan meterai 12 MOU bagi pertumbuhan masa depan
Singapura dan Kazakhstan sedang bekerjasama dalam bidang khidmat elektronik pemerintah serta perumahan yang dimampui.
SINGAPURA: Singapura dan Kazakhstan sedang bekerjasama dalam bidang khidmat elektronik pemerintah serta perumahan yang dimampui.
Tahun ini, Singapura dan Kazakhstan meraikan 25 tahun jalinan hubungan diplomatik.
Sebanyak 12 Memorandum Persefahaman (MOU) dimeterai hari ini (21 Nov) bagi merintis jalan bagi pertumbuhan masa depan.
Dua daripada MOU itu ditandangani oleh pemerintah kedua-dua negara. Salah satu daripadanya adalah mengenai transformasi digital, termasuk khidmat dan latihan dalam bidang elektronik pemerintah.
Satu lagi perjanjian adalah mengenai perumahan awam, yang mana para pakar perbandaran dan perumahan dari Singapura berkongsi hala tuju bagi transformasi perumahan awam serta dasar dan piawainya.
Perdagangan dua hala antara Singapura dengan Kazakhstan pada tahun lalu mencecah $133.6 juta.
Singapura sedang merundingkan satu Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU), di mana Kazakhstan dan Rusia adalah anggotanya.
Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong berkata Kazakhstan adalah sesuai bagi inistiaf Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China dan EAEU.
Sepuluh lagi MOU yang dimeterai melibatkan kerjasama bagi sektor swasta, yang meliputi bidang-bidang seperti teknologi kewangan, pendidikan, pembinaan dan penghasilan makanan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.