Images
S'pura, Jepun meterai MOU perkukuh kerjasama dalam projek prasarana serantau
SINGAPURA: Singapura dan Jepun memeterai Memorandum Persefahaman dengan Jepun bagi mengukuhkan kerjasama dalam projek-projek prasarana serantau, di tengah-tengah permintaan yang bertambah.
Berucap di Simposium Jepun-Singapura yang ke 14 siang tadi (18 Mac), Menteri Negara Kanan Ehwal Luar Chee Hong Tat menggalakkan kerjasama lebih mendalam dalam bidang-bidang pendigitalan dan huraian tenaga hijau.
Menurut Encik Chee, potensi besar bagi kerjasama dua hala dalam bidang-bidang baru seperti ekonomi hijau dan bandar bijak akan membantu pemulihan ekonomi negara masing-masing, pasca COVID.
- CNA/AA/ha