Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura duduki tempat kedua dalam Indeks Daya Saing WEF

Singapura naik satu tangga ke tempat kedua dalam Indeks Daya Saing Global Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Oct 2018 06:38PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 10:59PM

GENEVA: Singapura naik satu tangga ke tempat kedua dalam Indeks Daya Saing Global Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Pada tahun ini, tinjauan itu membuat penyesuaian pada komponen-komponen penunjuknya bagi mencerminkan keperluan ekonomi-ekonomi global ketika menjalani revolusi perusahaan keempat.

Di bawah rangka kerja baru itu, ekonomi Amerika Syarikat dinilai paling berdaya saing dengan mendapat markah 85.6 mata.

Singapura berada di tempat kedua dengan hanya 2.1 mata di belakangnya.

Indeks itu meninjau 140 ekonomi, menggunakan 98 penunjuk yang digolongkan ke dalam 12 tunggak.

Singapura menduduki tempat kedua secara keseluruhannya dalam Indeks Daya Saing WEF itu setelah mendahului tiga tunggak penilaiannya iaitu prasarana, kesihatan dan pasaran produk.

Dalam bidang prasarana, negara ini hampir mendapat markah penuh kerana mutu jalan-jalan rayanya serta kecekapan khidmat lapangan terbang dan pelabuhan.

Dari segi prestasi kesihatan pula, Singapura mengongsi tempat pertama dengan Jepun, Hong Kong dan Sepanyol.

Singapura menduduki tempat pertama bagi tunggak ketiga iaitu pasaran produk, yang termasuk penanda keterbukaan perdagangan.

Tinjauan itu juga meneliti tahap kesediaan untuk masa depan sebagai kriteria semakin penting dalam ekonomi yang kian berubah-ubah.

Unsur tersebut meninjau keupayaan pemerintah membuat persiapan bagi masa depan. Dalam hal itu, Singapura meraih markah tertinggi di dunia.

Indeks WEF itu turut membuat penyesuaian pada penunjuknya dalam bidang modal insan bagi mencerminkan kemahiran sebagai penanda ketangkasan dan kemampuan tenaga kerja membuat penyesuaian berbanding tahap pendidikan.

Singapura menduduki tempat ke-20 dalam bidang kemahiran. 

Sumber : AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan