Images
  • CBD singapore
    Pemandangan daerah CBD di Singapura. (Gambar fail: Marcus Mark Ramos)

S'pura di tangga teratas negara paling kurang rasuah dalam kalangan negara ASEAN

KUALA LUMPUR: Singapura menduduki tangga ketiga negara paling kurang rasuah di dunia dalam satu tinjauan tahunan global.

Ia berkongsi kedudukan sama dengan Finland, Switzerland dan Sweden yang masing-masing mencatatkan 85 mata dalam Indeks Persepsi Rasuah yang diterbitkan gerakan anti-rasuah global, Transparency International pada Khamis (28 Jan).

Denmark dan New Zealand masing-masing mencatat 88 mata untuk berkongsi ranking teratas dalam kalangan 180 negara dan wilayah yang ditinjau.

Kedudukan Singapura itu disebabkan ia sudah lama mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah, tidak kira siapa pun.

Demikian menurut laporan laman Astro Awani pada Khamis (28 Jan) yang menukil Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan.

“Ini bukan perkara baru. Mereka (Singapura) ambil tindakan tegas, tak kira siapa.

Dalam kalangan negara ASEAN, Singapura berada di tangga teratas diikuti Brunei (ke-35) dan Malaysia (ke-57).

“Di Singapura, struktur itu sudah mula lama dan kita perlu ambil itu sebagai tauladan untuk majukan situasi dalam negara kita,” kata Dr Mohan ditukil Astro Awani.

Skor dan kedudukan Indeks Persepsi Rasuah itu adalah berdasarkan 13 tinjauan dan penilaian pakar yang mengukur persepsi tahap rasuah dalam sektor awam pada skala sifar (dianggap paling rasuah) sehingga 100 (dianggap paling bersih). 

- AP/Agensi berita/NK/tq

Top