Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura dedah perancangan berbilion dolar untuk IT; lebih banyak peluang untuk SME

Perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Singapura bakal mendapat lebih banyak peluang. Ini menyusuli peruntukan perbelanjaan IT bernilai antara S$2.4 billion hingga S$2.6 billion bagi tahun kewangan baru ini, yang baru diumumkan pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura dedah perancangan berbilion dolar untuk IT; lebih banyak peluang untuk SME

Ketua Eksekutif Kok Ping Soon di Taklimat Industri Negara Bijak. (Gambar: GovTechSG/ Twitter)

Diterbitkan : 07 Jun 2018 05:14PM Dikemas Kini : 08 Jun 2018 12:14AM

SINGAPURA: Perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Singapura bakal mendapat lebih banyak peluang. Ini menyusuli peruntukan perbelanjaan IT bernilai antara S$2.4 billion hingga S$2.6 billion bagi tahun kewangan baru ini, yang baru diumumkan pemerintah.

Menurut kenyataan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) pada Khamis (7 Jun), syarikat-syarikat SME memenangi hampir dua-pertiga kontrak ICT yang dianugerahkan pemerintah pada Tahun Kewangan 2017.

Agensi berkenaan menjangkakan trend yang sama bagi proses tender tahun kewangan sekarang (FY18). 33% perbelanjaan tersebut akan disalurkan untuk menyokong sistem-sistem IT yang ada.

Bahagian terbesar peruntukan tersebut, ataupun 44%, akan ditujukan kepada projek-projek transformasi seperti sistem Identiti Digital Kebangsaan, serta projek-projek berskala kecil seperti sistem Pusat Lawatan Singapura oleh STB.

Baki 23% pula akan digunakan untuk mengembangkan ekosistem, seperti pembelian borong proses robotik automatik.

Perancangan ini didedahkan selang beberapa hari Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean melancarkan Rangka Tindakan Pemerintah Digital.

MEMUDAHKAN PROSES

Antara lain, menurut GovTech, masa terluang untuk berurusan dengan pemerintah semasa proses memulakan perniagaan kecil, akan dipendekkan.

Sebagai contoh, sebuah perniagaan baru dalam industri F&B perlu memohon tujuh hingga lapan lesen sebelum memulakan perniagaan. Proses pendaftaran ini merangkumi pelbagai agensi dan lelaman, yang menjadikannya rumit untuk peniaga pertama.

GovTech berhasrat untuk menyatukan kesemua proses urus niaga ini dan membolehkan bakal peniaga F&B untuk menyerahkan data sekali sahaja untuk memohon kesemua lesen berkenaan.

Bermula dengan industri F&B, pendekatan ini akan diperluaskan kepada bidang-bidang lain.

Dalam sektor awam pula, usaha akan dipertingkatkan untuk memperkasa pejawat awam. Antaranya, dengan memudahkan mereka melakukan proses-proses tertentu melalui telefon bimbit, berbanding hanya menerusi komputer riba sebelum ini.

Pengumuman ini dibuat di taklimat tahunan Pemerintah Digital dan Negara Bijak, yang dihadiri sekitar 1,000 anggota industri, golongan ilmiah dan agensi awam. 

Sumber : CNA/TQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan