Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Britain lancarkan 'kerjasama bagi masa hadapan'

Britain dan Singapura mengumumkan pada Jumaat (4 Jan) bahawa kedua-dua pihak sudah melancarkan satu "kerjasama bagi masa hadapan" untuk memperluas serta mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Britain lancarkan 'kerjasama bagi masa hadapan'

Setiausaha Luar Britain Jeremy Hunt dan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan. (Gambar: MFA)

Diterbitkan : 05 Jan 2019 04:30PM Dikemas Kini : 05 Jan 2019 04:45PM

SINGAPURA: Britain dan Singapura mengumumkan pada Jumaat (4 Jan) bahawa kedua-dua pihak sudah melancarkan satu "kerjasama bagi masa hadapan" untuk memperluas serta mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dan Setiausaha Luar Britain Jeremy Hunt, kedua-dua pemimpin berkata kerjasama itu dibina di atas hubungan sejarah yang sudahpun ada antara Singapura dengan Britain.

Menurut kenyataan itu, 2019 merupakan tahun amat penting bagi Singapura dan UK kerana ia menandakan sambutan ulang tahun ke-200 sejak ketibaan Sir Stamford Raffles di Singapura dan "permulaan era baru" bagi Britain.

"Kepercayaan kami yang sama berhubung perdagangan bebas dan undang-undang antarabangsa serta komitmen kukuh kami terhadap sistem berbilang pihak yang berdasarkan peraturan adalah asas yang diamalkan oleh kedua-dua negara, sedang kami bekerjasama untuk memanfaatkan inovasi dan teknologi," menurut kenyataan tersebut.

"Kami juga berkongsi komitmen ke arah mengekalkan perdamaian dan kemakmuran di Asia Pasifik."

Kerjasama itu akan meraikan pencapaian kedua-dua negara serta melancarkan inisiatif usaha sama, yang menumpukan perhatian kepada empat bidang iaitu: ekonomi digital; inovasi dan perniagaan yang mampan; keselamatan dan pertahanan; serta pendidikan, budaya dan belia.

Lebih banyak perincian mengenai bidang-bidang kerjasama itu serta acara sempena meraikan hubungan muhibah antara Singapura dengan Britain akan diumumkan kelak, menurut kenyataan itu.

Encik Hunt sedang melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke Singapura atas undangan Dr Balakrishnan.

Pada Jumaat (4 Jan), Encik Hunt mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, di mana kedua-dua pemimpin mengesahkan lagi hubungan erat dan kukuh antara Singapura dengan Britain.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan