Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura, Brazil meterai perjanjian elak cukai berganda

Singapura dan Brazil memeterai perjanjian untuk mengelak cukai berganda, menurut kenyataan bersama kedua-dua negara hari ini (8 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Brazil meterai perjanjian elak cukai berganda

Gambar: MFA

Diterbitkan : 08 May 2018 10:33PM Dikemas Kini : 08 May 2018 10:37PM

SINGAPURA: Singapura dan Brazil memeterai perjanjian untuk mengelak cukai berganda, menurut kenyataan bersama kedua-dua negara hari ini (8 Mei).

Perjanjian itu dimeterai semalam (7 Mei) oleh Menteri Ehwal Luar Singapura Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Brazil Aloysio Nunes Ferreira yang sedang mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke negara ini.

Kedua-dua negara juga memulakan perbincangan tentang perjanjian perdagangan bebas antara Singapura dengan MERCOSUR, yang dianggotai Argentina, Brazil Paraguay dan Uruguay.

Mereka berharap dapat melancarkan pusingan pertama rundingan pada suku ketiga tahun ini.

Para menteri juga menarik perhatian tentang perdagangan dan kerjasama pelaburan yang meningkat antara kedua-dua negara dengan Encik Nunes Ferreira mengalu-alukan pelaburan Singapura di Brazil.

Syarikat-syarikat Singapura bergiat aktif dalam sektor-sektor kritikal di Brazil termasuk minyak dan gas, prasarana, hartanah, pertanian dan pengangkutan, menurut kenyataan bersama itu.

Tahun lalu dagangan barangan mencecah AS$3.4 bilion (S$4.5 bilion) sekaligus menjadikan Singapura rakan perdagangan ketiga terbesar Brazil.

Brazil adalah sumber ayam, daging lembu dan daging khinzir beku terbesar di Singapura.

Sejak 2004, dagangan dua hala dalam perkhidmatan meningkat pada kadar pertumbuhan kompaun tahunan 33.9 peratus, mencapai AS1.7 bilion (S$2.3 bilion) pada 2016.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan