Images
  • singapore skyline
    (Gambar: AFP)

S'pura atasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi paling berdaya saing di dunia

GENEVA: Singapura mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi paling berdaya saing di dunia pada 2019, menurut laporan Daya Saing Global yang dikeluarkan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Selasa (8 Okt).

Laporan itu mengukur daya saing pada skala sifar hingga 100 berdasarkan faktor-faktor termasuk prasarana, kesihatan, pasaran tenaga kerja, sistem kewangan, mutu institusi awam dan keterbukaan ekonomi.

Singapura mencatat 84.8 mata daripada 100, namun WEF menarik perhatian bahawa Singapura meraih manfaat daripada lencongan perdagangan menerusi pelabuhan yang dicetuskan oleh perang tarif antara ekonomi-ekonomi utama dunia.

Amerika Syarikat mencatat 83.7 mata jatuh daripada 85.6 mata tahun lalu, antaranya dikaitkan dengan perang dagangan yang dicetuskan oleh Presiden Donald Trump.

Hong Kong naik empat tangga ke tempat ketiga dengan 83.1 mata tetapi WEF menyatakan data yang digunakan di dalam laporan itu dikumpulkan sebelum bantahan-bantahan mula menggoncangkan hab kewangan itu.

Belanda menduduki tempat keempat - naik dua tempat berbanding tahun lalu manakala Switzerland berada di tangga kelima.

- CNA/HA/ha

Top