Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura antara 16 negara 'Juara Inovasi', menurut penganjur CES

Singapura merupakan antara 16 negara yang dikenal pasti sebagai "Juara Inovasi" oleh pihak penganjur acara perdagangan elektronik pengguna tahunan CES pada Selasa (8 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura antara 16 negara 'Juara Inovasi', menurut penganjur CES

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 09 Jan 2019 09:40AM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 10:34AM

LAS VEGAS: Singapura merupakan antara 16 negara yang dikenal pasti sebagai "Juara Inovasi" oleh pihak penganjur acara perdagangan elektronik pengguna tahunan CES pada Selasa (8 Jan).

Dalam edisi kedua Kad Pemarkahan Inovasi Antarabangsa itu, Persatuan Teknologi Pengguna (CTA) menyatakan bahawa 16 negara menduduki tempat teratas, dengan Estonia, Switzerland dan Finland masing-masing mencatat markah tertinggi.

Singapura menjadi satu satunya negara Asia dalam ranking terunggul itu dan menduduki tempat kelima, di belakang Amerika Syarikat.

Negara-negara lain yang menduduki tempat teratas adalah Australia, Kanada, Denmark, Jerman, Israel, Luxembourg, Belanda, New Zealand, Norway, Sweden dan Britain.

Menurut CTA, Singapura mencatat markah tinggi kerana bersikap terbuka terhadap daya inovasi dengan menjadi negara pertama untuk menguji teksi tanpa pemandu.

CTA juga menyatakan bahawa lebih separuh daripada tenaga kerja di Singapura berkemahiran tinggi, dengan mencatat markah tinggi bagi petanda khidmat kongsi kereta selepas memenuhi garis panduan bagi pihak penyedia khidmat sewa kereta privet.

Singapura juga mencatat markah tinggi dalam bidang khidmat jalur lebar, dengan CTA menarik perhatian bahawa secara purata, kelajuan muat turun Internet tetap dan mudah alih adalah "pantas" pada 60.4 Mbps.

Harga bulanan bagi khidmat jalur lebar tetap juga adalah lebih rendah berbanding negara-negara seperti Australia dan New Zealand. Ia membentuk hanya 0.5 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (GNI) bagi setiap kapita berbanding Australia dan New Zealand, masing-masing pada 1.1 peratus dan 1.8 peratus.

Singapura juga mencatat markah tinggi dari segi kepelbagaian, dengan warga asing membentuk 46 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini, menurut laporan itu.

Sungguhpun demikian, laporan CTA menyatakan bahawa masih terdapat bidang-bidang yang boleh diperbaiki.

"Singapura boleh membuat peningkatkan dari segi kebebasan peribadi dan politik. Selain itu, ia juga boleh menarik balik syarat tiga bulan yang ditetapkan bagi sewa privet dan melonggarkan denda-denda yang dikenakan terhadap para penyewa jangka pendek," menurut laporan berkenaan.

Kad Skor Inovasi Antarabangsa itu mempertimbangkan pelbagai pentanda untuk menentukan ranking muktamad bagi senarai negara tersebut. Edisi tahun ini turut menambah 23 negara kepada senarainya, termasuk Malaysia, Vietnam dan Indonesia.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan