Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura alukan pelaburan swasta biaya bina prasarana mampan

Singapura mengalu-alukan lebih banyak lagi pelaburan swasta bagi menyokong pembangunan dan pendanaan infrastruktur mampan.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura alukan pelaburan swasta biaya bina prasarana mampan

Gambar fail: Jeremy Long

Diterbitkan : 08 Nov 2021 07:03PM Dikemas Kini : 08 Nov 2021 09:45PM

SINGAPURA: Singapura mengalu-alukan lebih banyak lagi pelaburan swasta bagi menyokong pembangunan dan pendanaan infrastruktur mampan.

Ini termasuk projek-projek yang mengurangkan pembaziran dan mengawal pengeluaran gas rumah hijau.

Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah berkata COVID-19 menambah tekanan ke atas dana pemerintah yang terhad untuk melabur dalam projek sedemikian.

Berucap di persidangan mengenai Prasarana Mampan Asia, Cik Indranee menambah pelaburan menyediakan modal dan meringankan kekangan fiskal yang dihadapi pemerintah.

Di persidangan tersebut, sektor-sektor awam dan swasta di Asia juga membincangkan cabaran-cabaran utama dalam memajukan pembangunan infrastruktur mampan.

Sumber : CNA/RB/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan