Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura akan terus selaraskan kepentingan majikan-kesatuan sekerja

S'pura akan terus selaraskan kepentingan majikan-kesatuan sekerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Apr 2021 07:01PM Dikemas Kini : 27 Apr 2021 10:44PM

SINGAPURA: Singapura akan terus berusaha menyelaraskan kepentingan para majikan dan kesatuan sekerja, walaupun masa-masa sukar menguji keupayaannya untuk menyokong kepentingan golongan pekerja dan perusahaan.

Dalam amanatnya sempena Hari Buruh, Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo menambah, amat penting untuk mengekalkan kepercayaan antara kesatuan sekerja, pekerja dan majikan yang sudah terbina, berdekad lamanya.

Gerakan buruh Singapura meraikan ulang tahunnya yang ke-60 tahun ini.

Cik Teo berkata semangat padu perikatan tiga pihak membuka jalan bagi pelaksanaan langkah-langkah mengurangkan kos dan menyelamatkan pekerjaan, yang membantu mengurangkan kesan COVID-19.

Memuji NTUC kerana berulang-kali menjadi contoh yang berpegang teguh kepada "prinsip kesatuan sekerja yang membina".

Cik Teo berkata, melihat ke hadapan, adalah kepentingan bersama rakan-rakan perikatan tiga pihak mengenal pasti pelbagai peluang-peluang yang membolehkan para peniaga dan pekerja bangkit lebih kukuh daripada krisis ini.

Dalam ucapan Hari Buruh berasingan, Presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) Dr Robert Yap berkata, keadaan ekonomi mungkin lebih teruk jika tidak kerana kerjasama rapat perikatan tiga pihak.

Dr Yap menarik perhatian SNEF bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk mempertingkat daya kerja golongan karyawan.

Ini di samping memastikan para pekerja berpendapatan rendah dapat meraih manfaat daripada pemulihan ekonomi menerusi kenaikan gaji yang berterusan dan sekitaran pekerjaan yang lebih baik. 

Sumber : CNA/AQ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan