Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S'pura, Afrika bincang pembangunan mampan, bandar bijak

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menjadi tuan rumah bagi acara pertukaran lawatan menteri yang diadakan setiap dua tahun, melibatkan 12 orang menteri dari negara-negara Afrika yang terletak di selatan padang pasir Sahara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Aug 2018 07:24PM Dikemas Kini : 27 Aug 2018 11:55PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menjadi tuan rumah bagi acara pertukaran lawatan menteri yang diadakan setiap dua tahun, melibatkan 12 orang menteri dari negara-negara Afrika yang terletak di selatan Sub Sahara Afrika.

Acara itu bermula pada Isnin (27 Ogos).

Tema acara tahun ini adalah 'Rakan untuk Bandar Bijak'.

Semasa lawatan dua hari itu, para menteri akan membincangkan mengenai usaha membangunkan bandar-bandar mampan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi.

Para menteri dari Afrika itu akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan para menteri kabinet yang lain pada Selasa (28 Ogos).

Mereka akan saling bertukar pandangan mengenai bandar bijak dan pembangunan mampan serta isu-isu lain, termasuk pengurusan air dan perumahan awam.

Dalam pada itu, lebih banyak syarikat tempatan sedang meneroka pasaran Afrika.

Enterprise Singapore menganggarkan bahawa terdapat lebih 60 syarikat Singapura yang beroperasi di benua itu.

Badan perdagangan itu berharap acara-acara seperti Forum Perniagaan Afrika-Singapura 2018 yang bermula pada Selasa (27 Ogos) akan membantu mengenal pasti peluang perniagaan baru bagi syarikat-syarikat tempatan untuk melabur.

Misalnya, pengilang dan pengedar makanan, Vega Foods yang berpangkalan di Singapura, dan sistem pembayaran digital Red Dot mendapati bahawa produk masing-masing mempunyai permintaan yang tinggi di Afrika.

Berdasarkan perangkaan 2016, pelaburan Singapura di Afrika bernilai S$25 bilion.

Singapura mempunyai tujuh perjanjian pelaburan dua hala dengan negara-negara seperti Burkina Faso, Kenya, Libya dan Zimbabwe.

Ia juga mempunyai Perjanjian Elak Cukai Berganda dengan negara-negara seperti Mesir, Afrika Selatan dan Tunisia. 

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan